Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa
14:12 Dec 28, 2023  |  By SabahKini2
Jenayah Terancang Geng Upik: Dato' Seri Maslan Raja Dadah Sabah kuasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa

Bagaimana Dato' Seri Maslan 'Upik' menjadi Raja Dadah Sabah?Selain kaya raya mencuci wang haram dalam perniagaan, beliau juga menguasai NGO 'Tiga Line', penjawat awam, penguatkuasa dan VVIP

Selepas sahaja Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman mengumumkan menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis syabu terbesar di Sabah, sejak 2015 menangkap Ketua sindiketnya Dato' Seri Maslan Sani menyebabkan pemimpin Warisan panas dan menafikan penglibatan Datuk Azis Jamman bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang sebelum ini melindungi Geng Upik.

ARTIKEL BERKAITAN- Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

Kartel Dadah Terbesar Sabah didalangi Dato' Seri Maslan Sani NGO PAKAT tumpas

Serbuan di sekitar Kota Kinabalu, Tawau dan Semporna itu menangkap bukan Dato' Seri Maslan juga  pembantu peribadinya berusia 48 tahun yang juga orang kanannya, seorang pegawai polis PGA Tawau berusia 44 tahun sebagai transporter bagi sindiket serta seorang buruh berusia 34 tahun yang berperanan sebagai keldai dadah.

Dua individu berusia 32 dan 45 tahun yang bekerja sebagai penyelia tapak dan pengarah urusan rangkaian Restoran Oldtown White Coffee yang menguruskan  kewangan sindiket, dua lagi individu berusia 30 dan 31 tahun  penganggur pengedar dadah dan seorang lagi individu berusia 48 tahun. 

Terdapat laporan Datuk Jasni Mohammad juga ditahan untuk siasatan. Dato' Seri Maslan bukan saja menaungi NGO PAKAT Sabah yang digunakan untuk kerja-kerja kebajikan beliau memiliki sejumlah rangkaian Restoran Oldtown White Coffe di Sabah, syarikat pembinaan, pelancongan, petrokimia, minyak dan gas serta manufacturing atau pembuatan dan pengangkutan Feri untuk menyeludup barang. 

Rangkaian Dato' Seri Maslan ialah menyediakan bekalan dadah di Sabah, sebelum diagihkan kepada pengedar sindiket dan turut diseludup kepada pembeli di Indonesia dan Filipina. 

Menurut sumber Dato' Seri Maslan Sani bakal didakwa dalam tempoh terdekat. 

Namun penemuan hubungan akrab Dato' Seri Maslan dengan Datuk Azis Jamman, Datu k Jasni Mohammad (Pegawai Khas) serta NGO MHO dengan Datuk Akjan si 'Sultan Sulu' pro Warisan  membuka jalan betapa besarnya sindiket dadah Dato' Seri Maslan @Upik di Sabah.Banyak NGO menerima duit haram.

Di Sabah semua tahu perjuangan Akjan 'Sulu' untuk kewarganegaraan kepada kaum 'pilak' dan sulu yang 'Stateless'. Ketika Warisan berkuasa kewarganegaraan adalah misi utama Warisan.

Jasni Mohamad orang kanan Dato Seri Maslan- Pegawai Khas Azis Jamman

 

Mengapa MHO milik Datuk Akjan yang kontroversi? 

Sejak awal perjuangan Akjan

 

 

Bagaimana Dato' Seri Maslan Sani memberi dana kepada NGO?

Dato' Seri Maslan@UPPIK paling banyak menggunakan NGO  Pertubuhan Pakatan Amal Kebajikan dan Ekonomi Sabah (PAKAT) beliau juga menjadi Penaung kepada Pertubuhan Ayahanda Anakanda Malaysia ( P.A.A.K ) pertubuhan 'tiga line' nombor pendaftaran  PPM-00501220-03-0315 kongsi gelap melayu berpengkalan di Kelantan. 

 

Sebelum ini pun Dato' Seri Maslan bersama NGO PAKSI AMAL SABAH.

 

 Sejak muda Maslan Sani menjadi Penaung dan pemberi dana
kepada NGO berasaskan 'Tiga Jalur'

Maka tidak mennghairankan dengan dana Dadah yang banyak Maslan Sani menguasai banyak NGO berasaskan Tiga Jalur di negara ini. Begitu juga NGO  Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysa (Malaysia International Humanitarian Organisation - MHO) bawah Datuk Jasni dan melibatkan Datuk Akjan 'Sulta Sulu' pastinya turut dibiayai oleh Dato' Seri Maslan Sani Raja Dadah Sabah terkenal.

Jika NGO didalam tangannya Menteri dan Timbalan Menteri mungkin dalam genggamannya seperti mana beliau menggunakan Datuk Jasni Mohammad sebagai Pegawai Khas Timbalan Menteri KDN. Maka semua urusan kartel dadah dan kongsi gelap di Sabah dan negara ini dapat ditutup.

Tangkapan  terhadap anggota polis Pegawai PGA JAISALFIAN BIN JAINEH sebagai orang dalam dalam Jenayah Terancang Geng Upik bukti betapa Dato' Seri Maslan menguasai penjawat awam terutama penguatkuasa. 


JAISALFIAN BIN JAINEH

 

LAPORAN PENUH TANGKAPAN ANGGOTA PGA TAWAU - JENAYAH TERANCANG GENG UPIK

Assalamualaikum YDH Datuk

Laporan Tangkapan Melibatkan Anggota Bn 14 PGA Tawau

1⃣ No Repot: Dang Wang RPT 41022/23 @ 1800Hrs / Penampang RPT 11608/23 @ 1426Hrs

➡️ Tarikh@masa repot: 25/12/23 (ISNIN)

2⃣ Pengadu
Nama: SUPT MOHD SHAIFUDDIN BIN ZULKIFLI
Pekerjaan: Pegawai Polis
Alamat Bertugas: JSJN BUKIT AMAN

➡ Pegawai Penyiasat:
ASP MOHAMMAD IZZAT BIN TAN SRI HJ HASSAN

3⃣ Butir-Butir Tangkapan:
Nama: RF/135753 JAISALFIAN BIN JAINEH
No Kpt: 790929 - 12 - XXXX
Umur: 44 Thn.
Jantina: Lelaki
Warganegara: Malaysia
Alamat Tempat Bertugas : Bn 14 PGA Tawau
Cawangan Risik

4⃣ Tempat Kejadian:

➡ Bilik Bernombor 18, Maple Karaoke Lounge Lot 4 Blok 19 Panampang Kota Kinabalu Sabah

➡ Kesalahan
- Sek 130v / 130w Kanun Keseksaan

6⃣ Ringkasan Kes :

Bersangkut Dang Wangi Rpt 41022/23 pada 25/12/23 jam lebih kurang 0230hrs Sepasukan Polis dr JSJN Bukit Aman telah membuat serbuan ke sebuah bilik bernombor 18, Maple Karaoke Lounge, Lot 4, Blok 19, Tingkat Bawah kedai pecan Koidupan, Penampang Sabah telah menahan suspek seperti penama di atas kerana disyaki menjadi ahli dan membantu kumpulan Jenayah Terancang Geng Upik sepertimana peruntukan seksyen 130v / 130w Kanun Keseksaan.

7⃣ Ulasan :
➡️ Suspek Ditahan untuk siasatan dan akan direman pada 25/12/23

Untuk makluman YDH Tn

Sekian, terima kasih.

10 Comments