Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil
15:01 Jan 08, 2024  |  By SabahKini2
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 14 hari.

KUALA LUMPUR: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM35.93 bilion dalam sistem konvensional dan RM30.40 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional terdiri daripada tender bernilai RM1 bilion untuk tujuh hari dan tender bernilai RM500 juta untuk 14 hari.

Ia akan turut menjalankan tender Qard bernilai RM400 juta untuk tujuh hari dan dua tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk 31 hari dan 91 hari.

Bank pusat turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu dan tiga bulan.

Pada 4 petang, ia akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM36.4 bilion dan RM30.0 bilion untuk tender semalaman Murabahah.

Comment