[VIDEO] Meruntuhkan legasi Tun Daim, Menara ILHAM: Na'imah ke SPRM umum suaminya Daim yang kaya dianiaya
15:01 Jan 10, 2024  |  By SabahKini2
[VIDEO] Meruntuhkan legasi Tun Daim, Menara ILHAM: Na'imah ke SPRM umum suaminya Daim yang kaya dianiaya

Sebelum ini semua orang tunduk dengan kuasa Daim di Menara ILHAM. Ketika Tun M PM7 Daim sangat berkuasa. Shukri KP SPRM pun melutut dengannya. Apa Tun Daim tak buat di Menara Ilham? kini Daim disiasat dan isteri terpaksa ke SPRM!

Semalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  memanggil Na’imah isteri Tun Daim dan dua anaknya selaku penama Menara ILHAM atau  ‘Pusat Kejahatan Daim’ melalui dua syarikat Daim iaitu Ilham Tower Sdn Bhd dan Ilham Baru Sdn Bhd untuk memberi keterangan.

Siapa tidak pernah menjadi mangsa Daim di Menara ILHAM ketika Tun Dr Mahathir menjadi PM7 dan Daim Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan? Pemimpin UMNO seperti Najib dan keluarganya diheret sama, Zahid Hamidi yang tak akur arahan Tun M bubarkan UMNO malah pemimpin UMNO lain seperti Azeez Rahim, Shahrir Samad, Bung Moktar, Ahmad Maslan dan Tengku Adnan sudah merasai turun naik mahkamah. 

Isteri, anak, keluarga pemimpin dan pegawai keluar ke jalanan untuk menyokong bapa atau ibu mereka yang diheret ke mahkamah atau ditangkap SPRM. Sama ada perkataanya KARMA atau KIFARAH inilah dia balasan dari kejahatan Tun Daim ketika berkuaa sebagai Majlis Penasihat Kerajaan. Beliau memulakan dendam sebagaimana beliau pernah disiasat di zaman Paklah menjadi PM sehinggalah PM seterusnya. Hanya PM Anwar Ibrahim berani melakukannya. Ini satu permulaan untuk meruntuhkan legasi Daim yang terlalu berkuasa sehinga semua PM perlu tunduk dengannya jika mahu ekonomi Malaysia selamat.

Begitulah peranan penting Menara ILHAM ketika itu. Semua kejahatan ada di Menara ILHAM. Menara ILHAM penentu siapa mangsa untuk dikorbankan demi kuasa dan mengekalkan kekayaan Tun M dan Tun Daim.

ARTIKEL BERKAITAN - Menara ILHAM pusat kejahatan Daim disita SPRM, ini kifarah politik, mengapa Daim marah SPRM?

Menara ILHAM pusat kejahatan Daim disita SPRM, ini kifarah politik, mengapa Daim marah SPRM?


Na'imah dan anak-anak Daim di SPRM

Dalam satu kenyataan isteri Tun Daim, Toh Puan Na’imah di perkarangan pejabat SPRM Putrajaya berkata siasatan terhadap Tun Daim suaminya adalah sebuah kempen memutar belit maklumat dan persepsi memberi gambaran bahawa  Tun Daim Zainuddin kaya raya hasil rasuah. 

Nampaknya beliau merasa keperitan itu.Na'imah yang tak pernah diketahui wajahnya kini muncul bersama anak di SPRM Putrajaya. Beliau bersuara. Suami saya dianiaya. Beginilah keluarga Najib dan semua pemimpin yang didakwa itu. Hadir ke SPRM, mahkamah berulang kali selama bertahun. 

Na’imah berkata Tun Daim merupakan ahli perniagaan yang sangat berjaya sebelum menyertai kerajaan pada 1984. Malah, media secara meluas merujuk beliau hartawan dan jutawan sebelum memegang jawatan awam 40 tahun lalu.

“Kini, ia sesuatu yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, malah tiada ahli perniagaan yang berjaya di negara ini akan terlepas daripada tuduhan sedemikian. Di lapangan awam, dakwaan seperti ini tidak mudah hilang begitu sahaja katanya ketika ditemui wartawan di hadapan ibu pejabat suruhanjaya itu pagi ini.

Beliau yang turut ditemani kedua Muhammad Amir dan Muhammad Amin bersama peguam hadir sekitar jam 10.15 minit pagi bagi dirakam kenyataan ekoran penyiasatan SPRM berhubung pendedahan Pandora Paper International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Menurut Na’imah lagi, suaminya dianiayai disebabkan kejayaan dan kekayaan suaminya. Kejayaannya kini dijadikan alasan untuk memfitnah nama baiknya dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

”Jawatan Perdana Menteri tidak seharusnya digunakan untuk mencemar nama baik individu melalui sindiran dan tuduhan kononnya mengenai salah laku, ataupun digunakan untuk menyelesaikan pertelingkahan politik lampau.

“Inilah yang dilakukan oleh Perdana Menteri yang beberapa kali kebelakangan ini mendakwa suami saya memiliki kekayaan haram, tanpa memberikan sedikit pun bukti katanya.

SPRM sebelum ini  membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik Tun Daim bekas Menteri Kewangan, Tan Sri Dato Seri Wira Halim Saad  dan ahli keluarga mereka berhubung penyelewengan RM2.3 bilion sebelum ini. 

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai milik keluarga Daim.

 

 

 

2 Comments