Tipu lebih RM 10 juta, Presiden NGO Sukan, Johnathan Wong dalang tipu pelaburan dan ‘cuci’ wang haram dituduh di mahkamah
07:01 Jan 22, 2024  |  By SabahKini2
Tipu lebih RM 10 juta, Presiden NGO Sukan, Johnathan Wong dalang tipu pelaburan dan ‘cuci’ wang haram dituduh di mahkamah

Tiga kali kes mahkamah termasuk hari ini jumlah penipuan Johnathan Wong sudah melebih RM10 juta. Pelbagai cara penipuan termasuk akaun Kripto. Pelabur mudah tertipu dengannya. Johnathan juga gunakan NGO sukan kutip dana. Kaya hidup mewah dan taja filem..

Seorang lelaki menggunakan gelaran Dato’ palsu Dato' Johnathan Wong Futt Po bersama dengan isteri nya Datin Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng tidak pernah serik menipu menggunakan beberapa syarikat pelaburan palsu menipu pelaburnya. Dalam portal dpimedia Dato' Scammer Johnathan menyatakan 20 tahun pengalamannya dalam perniagaan bersama agensi kerajaan dan swasta termasuk dalam Persatuan Sukan.  Secara terbuka Dato' Scammer Johnathan menggunakan syarikat atas nama isterinya JW SAB & PARTNERS untuk terlibat dalam sektor pelaburan.

 

Dato' Johnathan scammer dilaporkan muflis pada tahun 2015 dan sekarang menggunakan nama isterinya untuk syarikat perniagaan. Isterinya Datin Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang namun bukanlah seorang  peguam. Nama syarikat lain ialah SAB ASSOCIATES. Produk berkaitan isterinya ialah @sinarmajestik @anwenmalaysia  dan @sabe_malaysia

 

 
 

 

 

 

Semua akaun dana dimasukkan ke akaun isterinya Sabrina


ANUGERAH PENIPUAN


Bagi mewujudkan kepercayaan rakyat Dato' Johnathan Scammer dan isterinya membeli pula anugerah-anugerah usahawan agar syarikat mereka boleh dipercayai. Maka Tahun 2020 hingga 2022 pasangan 'Scammer' mengumpul sebanyak mana 'Award' syarikat. Semua ini penting untuk menipu rakyat


Outstanding SME Award 2022 - JW SAB & Partners Sdn Bhd

 
Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng - Sinar Majestik Sdn Bhd
Emerging Young Women Entrepreneur Of The Year 2021

 

GELARAN DATO' DAN DATIN PALSU

Bagi menarik pelabur Johnathan dan Sabrina juga menggunakan gelaran DATO' dan DATIN palsu. Penggunaan gelaran Datuk palsu adalah satu kesalahan serius

Pihak yang menggunakan gelaran Datuk palsu boleh didakwa  mengikut Seksyen (3)(1) Seseorang tidak boleh menerima suatu anugerah tidak diiktiraf daripada mana-mana orang sama ada di dalam atau di luar Malaysia. (2) Seseorang tidak boleh menggunakan dan menikmati gelaran dan panggilan suatu anugerah tidak diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan cara. Juga undang-undang yang dipadankan dengan Enakmen negeri seperti  Pahang 2017 (Enakmen 18) yang boleh dihukum mengikut Seksyen 3(3) enakmen yang sama dibaca bersama Seksyen 17 akta kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

 

 

 BAGAIMANA DATO' SCAMMER ORANG PENTING BELAKANG NGO- MALAYSIA SAMBO ASSOCIATION?

Johnathan dan isterinya juga berlindung disebalik NGO Sukan Malaysia Sambo Association berdaftar di bawah Kementerian Belia dan Sukan bahawa beliau sebagai Presiden dan isterinya Sabrina Lee sebagai Setiausaha Agungnya. Bagaimana boleh jadi begitu? Apakah NGO sukan tempat 'cuci' duit haram atau alat mengutip derma pihak luar?

17 Januari baru-baru ini Johnathan dan  istrinyan Datin Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng mengadakan perjumpaan dengan Kedutaan Rusia. Kerjasama apa dengan Rusia tidaklah diketahui. Beliau sekarang mempunyai 3 kes di mahkamah menipu beberapa individu tetapi berjumpa Duta. Bagaimana jika Duta ditipu? Jika ini terdedah kepada kedutaan ini sangat memalukan.

Apa kata Hannah Yeoh Menteri Belia dan Sukan?Persatuan Malaysia Sambo Association boleh berketuakan Presiden penipu yang didakwa di mahkamah?

 

3 KES MAHKAMAH DAN TERBARU HARI INI 

Setakat hingga kini Dato’ Johnathan Scammer ini telah didakwa 3 kes di mahkamah iaitu;


Kes 1 - WA-62K-153-10/2023 : 5 Oktober 2023
Perbicaraan: 26 Jun 2024 dan 27 Jun 2024
DILAPORKAN MEDIA: 5 Oktober 2023 - Menipu seorang lelaki RM2.45 juta dalam pelaburan mata wang kripto yang tidak wujud

Kes 2 - WA-62K-208-12/2023 : 21 Disember 2023
Kes seterusnya: 22 Januari 2024
DILAPORKAN MEDIA: 22 Januari 2024 - Mahkamah hari ini menetapkan pada 18 dan 19 Julai depan untuk
sebutan kes pecah amanah bernilai lebih RM4.3 juta

Kes 3 – WA-62K-1-01/2024 : 4 Januari  2024
DILAPORKAN MEDIA:  4 Jan 2024 – Kes penipuan mendapatkan lesen pelaburan babit kerugian 3.3 juta

 

 KES 1- AHLI PERNIAGAAN DIDAKWA TIPU PELABURAN KRIPTO RM2.45 JUTA [VIDEO]

 

 

 

Pada 5 Oktober Dato' Johnathan Scammer  didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menipu membabitkan RM2.45 juta yang dimasukkan ke akaun kriptonya, tahun 2022. 

Johnathan  menipu Adrian Sim Kwang Kai untuk membuat pelaburan daam syarikat Ris Firearm Sdn Bhd dan Colindale International Sdn Bhd. Ia mendorong Kwang Kai untuk membuat bayaran RM2.45 juta yang dimasukkan ke dalam akaun kripto milik Johnathan Wong.  Johnathan Wong Futt Po akhirnya  didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.Hakim kemudian membenarkan Johnathan diikat jamin RM100,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 November ini untuk sebutan kes.

 

KES 2:    AHLI PERNIAGAAN (DATO’ JOHNATHA) MENGAKU TAK SALAH PECAH AMANAH RM4.3 JUTA

 

Dato'  Johnathan Scammer dituduh pecah amanah membabitkan nilai RM4.3 juta pada April tahun lalu. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh Johnathan  telah menyalahgunakan wang berjumlah RM4,362,943 milik Syarikat Novel Leap Sdn Bhd untuk kepentingan sendiri. Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksiumum lima tahun, sebatan dan denda. Johnathan dijamin RM50,000.

PERTUDUHAN PENUH

BAHAWA kamu pada 13/04/2022, di Menara Prestige, Jalan Pinang, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan di dalam Daerah Dang Wangi, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu wang sejumlah RM4,362,943.73 menjadikan bagi kegunaan sendiri wang miliki Syarikat Novel Leap Sdn Bhd. oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 403 kanun keseksaan.

HUKUMAN

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun dan dengan sebat dan dikenakan denda.

 

KES 3:   MAHKAMAH: PERUNDING SYARIKAT (DATO' JOHNATHAN) DIDAKWA TIPU RM3.3 JUTA BERKAIT LESEN PELABURAN

 

Dato' Johnathan Wong Futt Po dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dakwaan menipu seorang lelaki berhubung urusan mendapatkan lesen pelaburan membabitkan kerugian berjumlah RM3.3 juta.

Johnathan Wong Futt Po,  menipu dan  memperdayakannya mangsa kononnya dia mampu menguruskan lesen berkenaan. Maka beliau membuat pindahan wang berjumlah AST789,014 (mata wang kripto) (RM3,316,431.40) yang dimasukkan ke dalam kripto e-wallet milik Johnathan.

Ini bermakna 3 kes penipuan yang dilakukan Dato' Johnathan Wong berjumlah lebih RM10 juta kepada pihak yang berlainan. Namun menurut sumber Johnathan hidup mewah. Tidak pernah merasa takut dia didakwa di mahkamah sekarang. Beliau juga memiliki Banglo mewah berharga RM16 juta di 15, Lorong Hillview 2C, Taman Hillview, 68000 Ampang selain tenah bergeran 52943 Lot 6115 Mukim Kapar, Daerah Klang, Negeri Selangor.

Beliau juga memiliki dua Lamborghini LP580-2 model 2016 Nombor pendaftaran TG18 dan Lamborghini URUS QRS 18. Keduanya atas nama isteri Sabrina Mickagnes Lee Yan Cheng (KP  860604-43-6XXX)


 

Pinjaman bank selesai 27/10/2022

Dari mana semua wang ni sehingga mampu bayar habis pinjaman bank? Sudah tentu dari Scammer!


'CUCI'DUIT HARAM TAJA FILEM

Gaya hidup mewah hasil penipuan Johnathan dan isterinya Sabrina Lee 'cuci duit haram'  hasil pendapatannya dengan menaja FILEM yang sedang ditayang di pawagam sekarang iaitu FILEM ABANG DAN ADIK. Turut menaja ialah Syarikat nama isterinya JW SAB & PARTNERS.

 

Netizen dna pelabur nampak Dato' Johnathan ni penipu tetapi kekal percaya dan membayar wang kepadanya. Akibatnya ada lagi yang terus tertipu walaupun media sudah mendedahkan siapa Johnathan Wong ini? 

 

2 Comments