Dato' Seri Maslan 'Upik' termasuk 11 individu ahli Geng Upik didakwa
15:01 Jan 22, 2024  |  By SabahKini2
Dato' Seri Maslan 'Upik' termasuk 11 individu ahli Geng Upik didakwa

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan bergelar datuk yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Seperti yang djanjikan seramai 11 individu termasuk Datuk Seri Maslan 'Upik' didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu

Semua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Kota Kinabalu mengikut Seksyen 130 V (1) Kanun Keseksaan, Akta 574 dan boleh dihukum mengikut seksyen yang sama.

Berdasarkan pertuduhan, masing-masing terduduh didakwa melakukan kesalahan bermula 2015 hingga 24 Disember tahun lalu.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nazran Mohd Sham di hadapan Hakim Noor Hafizah Mohd Salim.

Bagaimanapun tiada pengakuan dirakam terhadap tertuduh, manakala sebutan semula ditetapkan pada 1 Mac depan sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

11 tertuduh ialah;

1.  Datuk Maslan Sani, 41

2.  Jaisalfian Jaineh @ Zaini, 45

3. Nelson Yen Yee Chung, 46

4. Rahman Burijin, 44;

5. Mohd Fauzie Rablin, 33

6.  Shahlan Shah Abdul Samad, 37

7. Mohd Faridzul Asmahadi, 31 

8. Fazrul Bahar, 32

9. Alkan Abraham, 35

10. Mazlan Mahmud, 41

11. Mahathir Jibarail, 49.

Pada 25 Disember lalu, polis menahan ahli perniagaan Datuk Seri Maslan 'UPIK' yang mendalangi sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah menerusi siri serbuan yang dilakukan polis Bukit Aman.

Lelaki itu turut menggunakan NGO PAKAT Sabah dan beberapa NGO jalur tiga bagi melindungi kegiatan haram sejak 2015.

Sindiket berkenaan juga dikesan melakukan pengubahan wang haram melalui pelbagai perniagaan mewah yang dijalankan ahli sindiketnya termasuk syarikat minyak dan gas serta rangkaian restoran seperti Old Town Coffee di Sabah.

 

1 Comment