Dato' Seri Maslan dan 10 lagi telah didakwa. Dua anggota polis selain Nelson Pengarah Urusan OTK Eatery Sdn Bhd pemilik francais Old Town White Coffee Sabah. Restoran satu dari cara cuci duit haram. 8 lagi diburu 3 bakal didakwa 1 Mac.
22 Januari lalu Ketua Kartel Dadah Dato’ Seri Maslan Sani didakwa di Mahkamah Sesyen bersama 10 lagi pengikutnya atas kesalahan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.
itu merupakan pertuduhan fasa pertama dan banyak lagi akan didakwa.
TERTUDUH IALAH;
Menurut pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa atas kesalahan yang dilakukan antara 2015 hingga 24 Disember 2023 di Kota Kinabalu dan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.
Kesemua tertuduh didakwa menjadi ahli Geng Upik mengikut mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara lima hingga 20 tahun.
Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh dan mahkamah menetapkan pada 1 Mac 2024 sebagai sebutan semula kes dan tidak ada jaminan ditawarkan kepada semua tertuduh.
antara 3 watak penting dalam Jenayah Terancang Geng Upik apabila Ketua Kartel dibantu oleh anggota polis dan MD Syarikat
OTK Eatery Sdn Bhd pemegang lesen francais Old Town Coffee Sabah.
Peguam Muhamad Amirul Amin mewakili Anggota PGA Tawau Jaisalfian, manakala Sylyester Kuan mewakili Mohd Fauzie, sementara Shahlan Jufri dan Mohd Luqman Syazwan Zabidi mewakili tiga tertuduh iaitu Shahlan Shah, Mohd Faridzul dan Fazrul manakala, tertuduh lain tidak diwakili peguam.
Sementara itu beberapa ahli Geng Upik memaklumkan mereka tidak mampu mengupah peguam. Mahathir Jibarail orang kanan Dato' Seri Maslan memberitahu mahkamah dia tidak mempunyai kemampuan untuk mengupah peguam. Begitu juga Rahman Burijin seorang anggota polis, Nelson Yen Yee Chung Pengarah Urusan OTK Eatery Sdn Bhd syarikat yang mendapat Francais Old Town White Coffee di Sabah, Alkan Abraham, Maslan Mahmud dan Dato' Seri Maslan Sani sendiri memaklumkan masing-masing tidak mempunyai peguam.
Sebelum ini siapa Datuk Seri Maslan dan anggota polis kita sudah sedia maklum namun satu watak penting ialah Nelson Yen Yee Chung Pengarah Urusan OTK Eatery Sdn Bhd. Beliau dikatakan perancang kewangan Geng Upik.
Pada 14 September 2020 Geng Upik melalui Nelson Yen Yee Chung dan Jackson Phan menandatangani perjanjian dengan Old Town White Coffee pusat melantik OTK Eatery Sdn Bhd bagi francais Sabah. Turut hadir ialah Dato' Seri Maslan Sani Ketua Kartel Dadah. Ini satu cara untuk mencuci wang haram hasil dadah di Sabah. Setakat ini terdapat 6 Restoran Old Town White Coffee di Sabah.
Dato' Seri Maslan Sani dan Nelson Yen Yee Chung
Pemegang saham terbesarnya ialah Nelson Yen Yee Chung dan Kopitiam East Malaysia Sdn Bhd. Siapa pemegang saham Kopitiam? Beliau ialah Phan Kah Boon. Persoalannya jika Syarikat OTK Eatery Sdn Bhd pemilik Restoran Old Town White Coffee di Sabah tempat mencuci wang dadah mengapa Phan Kah Boon tidak ditahan? Hanya Nelson terlibat. Mungkin Phan Kah Boon tidak tahu syarikat jadi pusat pengedaran dadah. Old Town White Coffee Pusat dan PDRM mungkin ada penjelasannya.
Setakat ini Old Town White Coffee pusat hanya berdiam diri.
Phan Kah Boon Pengarah OTK Eatery Sdn Bhd dan Kopitiam East Malaysia Sdn Bhd
Apabila Ketua Kartel dan ketua pegawai kewangan Geng Upik Nelson Yen Yee Chung selaku Pengarah Urusan OTK Eatery Sdn Bhd tidak mengambil peguam ia sesuatu yang memusykilkan mungkin mereka tidak mahu sumber kewangan lain bocor.
8 LAGI GENG UPIK DIBURU
23 Januari lalu Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mengumumkan lapan lagi individu Geng Upik diburu termasuk seorang bekas anggota polis yang terbabit sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.
"Individu yang dikesan adalah bekas anggota polis yang bersara awal pada November 2021 iaitu Haibil Kiraman (Haibil), 48, dengan kali terakhir dilihat di Tawau. Turut dikesan Sahairul Din Sabudin (Bantayan); Absar Musa (Absar) masing-masing berusia 37 tahun.
"Lima lagi individu iaitu empat warga Filipina dan seorang wanita Indonesia dikenal pasti sebagai Hasan Syamsuddin (Nas Botak); Joel Edwin (Dedek); Muhammad Sing Harun Musa (Thambi); Manan Ungok (Mike) dan Rohani Mohd Yunus (Karisa)," katanya.
3 LAGI DIDAKWA 1 MAC
Sementara itu 3 lagi ahli sindiket termasuk seorang wanita yang ditahan sebelum ini akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, Sabah, pada 1 Mac depan. Tiga individu yang berusia 25 hingga 29 tahun itu kini berada di pusat pemulihan akhlak. Mereka juga ahli sindiket sama dan berkemungkinan berperanan sebagai 'transporter'.
Media 22 Januari melaporkan, seramai 11 individu termasuk Datuk Seri Maslan Sani Ketua sindiket didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu, atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Geng Upik.
PEMBURUAN GENG UPIK BELUM BERAKHIR
Memandangkan terdapat perkaitan ada pemimpin Warisan bersekongkol dengan Geng Upik sebelum ini, digesa PDRM mendakwa sekali pihak-pihak terlibat. Dari senarai nama yang diburu jelas dari keturunan 'Sulu' Filina yang ada kaitan dengan Warisan.