Perkhidmatan dan kemudahan di LTAKK perlu ditambah baik – Hajiji
16:01 Jan 26, 2024  |  By SabahKini2
Perkhidmatan dan kemudahan di LTAKK perlu ditambah baik – Hajiji

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan di LTAKK adalah keperluan utama yang perlu dilaksanakan kerana ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini.

KOTA KINABALU: Perkhidmatan dan kemudahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) perlu dinaik taraf dan ditambah baik dengan segera.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penambahbaikan kemudahan dan perkhidmatan di LTAKK adalah keperluan utama yang perlu dilaksanakan kerana ia adalah lapangan terbang kedua paling sibuk di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam satu pertemuan di Menara Kinabalu di sini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Timbalan Menteri Komoditi dan Perladangan Datuk Chan Foong Hin, Pembantu Menteri Kewangan Tan Lee Fatt, Ketua DAP Sabah Datuk Frankie Phoon, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan Ahli Parlimen Kudat Datuk Verdon Bahanda.

Terdahulu, Hajiji turut mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Datuk Seri Azalina Othman dan Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib.

Comment