Remaja ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Sepagaya
23:02 Feb 04, 2024  |  By SabahKini2
 Remaja ditemui lemas ketika mandi di Air Terjun Sepagaya

Mohd Syaiful Romeo, 18, disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mayatnya berjaya dikeluarkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

LAHAD DATU: Kegembiraan sekumpulan lelaki mandi di Air Terjun Sepagaya, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka ditemui lemas, hari ini.by

Mohd Syaiful Romeo, 18, disahkan meninggal dunia oleh Kementerian Kesihatan (KKM) selepas mayatnya berjaya dikeluarkan oleh kakitangan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid, berkata sepasukan sembilan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 10.45 pagi.

Katanya, menurut laporan awal, kejadian membabitkan seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai lemas ketika mandi-manda di air terjun bersama rakannya.

"Sebaik tiba di lokasi, mangsa berjaya dikeluarkan oleh kakitangan JPS dan disahkan meninggal dunia oleh KKM," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Comment