Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudof berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini
KOTA KINABALU: Republik Azerbaijan berhasrat untuk menjalin hubungan perdagangan dua hala dengan Sabah.
Duta Besar Republik Azerbaijan ke Malaysia Irfan Davudof berkata demikian ketika bertemu Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Sebagai negara pengeluar minyak dan gas asli, Azerbaijan yang terletak di sempadan Eropah Timur dan Asia Barat turut menjadi destinasi pelancongan yang terkenal.
Irfan semasa kunjungan itu diiringi oleh Setiausaha Pertama Kedutaan Azerbaijan Sabnam Karimova.