Tun Juhar dan Hajiji terima jemputan Majlis Tahun Baharu Cina LDP
23:02 Feb 06, 2024  |  By SabahKini2
Tun Juhar dan Hajiji terima jemputan Majlis Tahun Baharu Cina LDP

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin menjemput Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hadir pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) 2024.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor akan hadir pada Majlis Tahun Baharu Cina Parti Liberal Demokratik (LDP) 2024.

Majlis itu diadakan di Dewan Hakka pada 17 Februari 2024 yang akan berlangsung dari jam 10 pagi sehingga 1 petang.

Presiden LDP Datuk Chin Su Phin berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji di sini, semalam.

Hadir sama dalam kunjungan itu ialah Timbalan Presiden merangkap Pengerusi Majlis Datuk Yong Wui Chung, Setiausaha Agung Datuk Chin Shu Ying, Naib Presiden David Ong dan Sim Fui, Ketua Penerangan Simon Chin, Ketua Pergerakan Wanita Pusat Glenna Wong, Timbalan Setiausaha Agung Chin Soon Ho, Timbalan Bendahari Agung Chin Kiang Ming dan pemimpin LDP yang lain.

Chin juga menjelaskan bahawa Istana Negeri turut mengesahkan bahawa Juhar akan hadir pada majlis berkenaan.

Sementara itu, Yong berkata, majlis berkenaan turut menjemput tetamu seperti para Menteri kabinet Negeri, Pembantu Menteri, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan negeri, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Pemimpin Komuniti Cina, Ahli-ahli Majlis Tertinggi LDP, Pemimpin LPD Bahagian Pantai Barat serta ahli keluarga mereka.

Para tetamu akan dihiburkan dengan persembahan tarian Naga, kehadiran dewa kekayaan, acara yee sang, pemberian angpow kepada kanak-kanak, persembahan tarian dari Sekolah Menengah Kian Kok serta nyanyian oleh penyanyi seperti Wesley Liew, Pei Pei Annabelle, Simon Chin, Zev Leong dan Mulan.

1 Comment