PPM Sabah berkas 110 tong dram berisi petrol di Pitas
16:02 Feb 08, 2024  |  By SabahKini2
PPM Sabah berkas 110 tong dram berisi petrol di Pitas

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan jam 9.30 pagi di Jeti Kampung Pagasaon, Pitas berjaya merampas 110 tong dram berisi minyak petrol yang ditinggalkan di kawasan hutan paya bakau.

KUDAT: Sekumpulan individu yang dipercayai menjalankan aktiviti penyeludupan terpaksa meninggalkan sejumlah minyak petrol selepas diserbu sepasukan anggota Pasukan Polis Marin (PPM) di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan jam 9.30 pagi di Jeti Kampung Pagasaon, Pitas berjaya merampas 110 tong dram berisi minyak petrol yang ditinggalkan di kawasan hutan paya bakau.

“Semasa melakukan rondaan di kawasan jeti berkenaan, beberapa individu yang tidak dikenali dikesan berada diatas pam bot dan sedang memunggah tong dram yang dipercayai mengandungi minyak petrol. 

"Pasukan PPM kemudian bergegas ke hujung jeti yang dijadikan tempat pemunggahan itu, bagaimanapun kesemua suspek bertindak melarikan diri menggunakan bot pam sebaik menyedari kehadiran PPM, katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di lokasi itu menemukan 55 tong dram berwarna biru dengan setiap tong berkapasiti 200 liter petrol. 

"Turut ditemukan 55 lagi tong dram plastik dan nilai keseluruhan rampasan berjumlah hampir RM40,000. Semua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Marudu untuk tindakan lanjut," katanya.

Beliau berkata, semua petrol berkenaan dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. PPM akan terus meningkatkan rondaan dan penguatkuasaan bagi mengekang sebarang aktiviti dan perlakuan jenayah yang melanggar undang-undang,” katanya.

Comment