THP Sabaco bayar zakat perniagaan RM1.34 juta kepada MUIS
17:02 Feb 12, 2024  |  By SabahKini2
THP Sabaco bayar zakat perniagaan RM1.34 juta kepada MUIS

Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan pembayaran zakat itu yang diserahkan oleh Pengerusi THP Sabaco, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din kepada Presiden MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin di Menara Kinabalu.

KOTA KINABALU: THP Sabaco Sdn Bhd membayar zakat perniagaan berjumlah RM1,342,126 untuk tahun 2022 kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Ketua Menteri, Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor menyaksikan pembayaran zakat itu yang diserahkan oleh Pengerusi THP Sabaco, Datuk Dr. Ahmad Kushairi Din kepada Presiden MUIS, Datuk Seri Yahya Hussin di Menara Kinabalu, di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, Ketua Menteri diberi taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif TH Plantations Berhad Mohamed Zainurin Mohamed Zain mengenai aktiviti dan hala tuju TH Plantations dan THP Sabaco.

THP Sabaco ialah syarikat usaha sama antara TH Plantations, cabang perladangan Lembaga Tabung Haji dan Musman Holdings, yang terlibat dalam perladangan kelapa sawit.

Comment