Minuman keras, rokok tidak bercukai bernilai lebih RM839,000 dirampas PPM
17:02 Feb 16, 2024  |  By SabahKini2
Minuman keras, rokok tidak bercukai bernilai lebih RM839,000 dirampas PPM

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan pada jam 7 malam menerusi Op Landai Gelora itu berjaya merampas keseluruhan 505 karton minuman keras dan 101 kotak rokok bernilai lebih RM839,000.

KOTA KINABALU: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas sejumlah minuman keras dan rokok yang disorokkan di dalam sebuah kontena lori rosak di Kampung Mikik, Papar, di sini.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Ahmad Ariffin berkata, serbuan pada jam 7 malam menerusi Op Landai Gelora itu berjaya merampas keseluruhan 505 karton minuman keras dan 101 kotak rokok bernilai lebih RM839,000.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai dan anggota PPM dengan dibantu Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menyerbu sebuah kontena lori rosak yang berkunci dengan mangga yang diletakkan di kawasan lapang tanpa pemilik.

"Ketika serbuan oleh PPM itu, tiada tangkapan dilakukan dan pasukan serbuan membuka lori terbabit menggunakan pemotong besi sebelum menemukan minuman keras dan rokok pelbagai jenis dipercayai tidak bercukai,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata kesemua minuman keras itu dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut. Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat untuk bersama menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi membanteras sebarang bentuk jenayah terutama membabitkan penyeludupan di negeri ini.

Comment