Aktivis Lobi Ke Switzerland sebagai 'Pengkhianat' Negara- Salleh
11:03 Mar 16, 2018  |  By SabahKini2
Aktivis Lobi Ke Switzerland sebagai 'Pengkhianat' Negara- Salleh

Parlimen Switzerland semalam mengundi menolak usul tersebut dengan majoriti 138 anggota Parlimen mengundi menentang usul itu, dan hanya 53 anggota parlimen menyokong,

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak hari ini berkata, keadilan dan akal mengatasi kepalsuan berhubung berita palsu dan pelaporan berat sebelah berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau berkata, usul yang dibentangkan oleh Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga, semalam dibahaskan di Perhimpunan Kebangsaan Switzerland (Parlimen) dan pemimpin pembangkang, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan portal media dalam talian tertentu di Malaysia dan apa yang dipanggil pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bebas seperti Cynthia Gabriel dari C4, tanpa rasa malu cuba menyebarkan berita palsu dengan mengaitkan usul itu dengan 1MDB.

“Mereka telah mengkhianati (negara) dengan menghantar surat kepada anggota Parlimen Switzerland dan wakil-wakil NGO Malaysia membuat perjalanan ke negara itu, untuk melobi anggota parlimen Switzerland supaya menyokong usul tersebut.

“Parlimen Switzerland semalam mengundi menolak usul tersebut dengan majoriti 138 anggota Parlimen mengundi menentang usul itu, dan hanya 53 anggota parlimen menyokong,” kata beliau menerusi catatan terkini dalam blog beliau, semalam.

 

Salleh berkata, kedudukan 1MDB dan Kementerian Kewangan sangat jelas dan usul itu hanya menyentuh perhatian Kerajaan Switzerland, Parlimen Switzerland dan Mahkamah Switzerland.

“Ia tidak ada kaitan dengan 1MDB kerana wang yang disebut-sebut oleh pembangkang bukan milik 1MDB,” katanya.

Usul yang dibawa Ahli Parlimen Switzerland, Carlo Sommaruga bersekongkol dengan aktivis rakyat Malaysia itu tidak wajar berlaku. Ia satu pengkhiatan kepada negara. Tindakan tegas perlu diambil kepada mereka kerana menghasut untuk menjatuhkan kerajaan.

Terdapat bukti rakyat Malaysia daripada NGO atau Aktivis Malaysia yang bersekongkol dengan pembangkang di Switzerland untuk mencampuri urusan negara. Aktivis ini memfitnah pemimpin dan usaha kerajaan. NGO haram Malaysia iaitu C4 Center to Combat Corruption and Cronyism, Presidennya Cynthia Gabriel mengetuai operasi tajaan pembangkang itu dikuti bersama Bala Chelliah (Director of Global Bersih)  dan Lukas Strauman ( Director of Bruno Manser Fund NGO) membawa isu. 

NGO Bersih jelas alat pembangkang dan Bruno Manser Fund NGO yang menaja program menjatuhkan Taib Mahmud Sarawak serta Musa Aman Sabah serta membiayai portal Sarawak report perlu diharamkan masuk Malaysia.

Tindakan aktivis dan NGO khianat itu sangat memalukan Malaysia bagaimana ada rakyat Malaysia sanggup memburukkan negara sendiri di luar negara satu perkara yang tidak dilakukan oleh warganegara negara maju. Lebih memalukan apabila Menteri Kewangan Switzerland Ueli Maurer mengesahkan wang RM430 juta bukan milik 1MDB.

 

2 Comments