50 kanak-kanak dirai MUTIARA GRS sempena Tahun Baharu Cina
17:02 Feb 22, 2024  |  By SabahKini2
50 kanak-kanak dirai MUTIARA GRS sempena Tahun Baharu Cina

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag dan ahli MUTIARA GRS menyantuni kanak-kanak itu.

KOTA KINABALU: Pertubuhan Muafakat Titipan Amal Isteri Wakil Rakyat Sabah (MUTIARA) GRS hari ini meraikan lebih 50 kanak-kanak sempena sambutan Tahun Baharu Cina di Rumah MUTIARA Rose Garden di sini.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua MUTIARA GRS Datin Seri Juliah Salag dan ahli MUTIARA GRS menyantuni kanak-kanak itu.

Selain diraikan dengan jamuan makan dan persembahan Tarian Singa, mereka turut menerima angpau dan sumbangan hadiah daripada Juliah dan MUTIARA GRS.

Majlis itu turut diserikan dengan upacara menggaul Yee Sang dan penampilan maskot Naga.

Turut hadir Naib-naib Yang Dipertua MUTIARA GRS iaitu Datin Seri Cecilia E. Kitingan dan Datin Dg Siti Noor Hayyat Ag Mohd.Saufi (Setiausaha Kehormat), Pengerusi Pelaksana Datin Seri Stella Yong; Pengerusi Biro Kebudayaan Datin Siti Noor Liyana Abd Latiff Bledram, dan Timbalan Pengerusi Sambutan Datin Tracy Jee Huat@Mui.

Comment