Lelaki tipu kontraktor RM150,000, bantu dapatkan projek tidak wujud
18:02 Feb 26, 2024  |  By SabahKini2
Lelaki tipu kontraktor RM150,000, bantu dapatkan projek tidak wujud

Suspek berusia lingkungan 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang lelaki kerana disyaki memperdaya seorang kontraktor untuk memberikan wang rasuah kira-kira RM150,000 sebagai balasan bagi mendapatkan projek pembaikan di sebuah sekolah di Beluran.

Lelaki berusia lingkungan 60-an itu ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira 10.30 pagi tadi ketika hadir bagi memberi keterangan.

Menurut sumber, suspek yang bekerja sendiri itu meminta serta menerima wang rasuah kononnya bagi membantu kontraktor berkenaan mendapatkan projek bernilai kira-kira RM1.5 juta sedangkan ia tidak wujud.

"Kejadian berkenaan dilakukan suspek sekitar 2019. Suspek menyatakan akan membantu mangsa untuk mendapatkan projek berkenaan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah Datuk S Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

"Suspek akan dituduh di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu esok," katanya.

1 Comment