Ahadin terima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie
17:02 Feb 27, 2024  |  By SabahKini2
Ahadin terima watikah pelantikan sebagai Ketua Hakim Syarie

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Juhar Mahiruddin menyampaikan watikah pelantikan Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah kepada Yang Amat Arif Tuan Ahadin Bin Arinen di Istana Seri Kinabalu pada Selasa.

Turut menerima pelantikan ialah 2 orang Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sabah iaitu Yang Arif Puan Surayah Binti Ramlee dan Yang Arif Puan Taherah Binti Tahir.

Majlis itu disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Mohd Na’im Haji Mokhtar.

Pelantikan Ahadin berkuat kuasa 1 November 2023. Manakala pelantikan Suraya berkuatkuasa 19 Jun 2023 dan Taherah pula berkuat kuasa 16 Oktober 2023.

Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd. Arifin Datuk Mohd. Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam, Yang Di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Seri Yahya Hussin, Ketua Pengarah merangkap Ketua Hakim Syarie Malaysia, Yang Amat Arif Dato’ Amran Mat Zain dan Setiausaha/Ketua Pegawai Eksekutif MUIS, Encik Ramlan Awang Ali.

Comment