Eratkan hubungan dan kerjasama Singapura dan Sabah
15:02 Feb 28, 2024  |  By SabahKini2
Eratkan hubungan dan kerjasama Singapura dan Sabah

Antara bidang kerjasama yang dibincangkan yang boleh dipertingkatkan lagi termasuk pelancongan dan perdagangan.

KOTA KINABALU: Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara Singapura dan Sabah antara isu yang dibincangkan di antara Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di Menara Kinabalu di sini semalam.

Antara bidang kerjasama yang dibincangkan yang boleh dipertingkatkan lagi termasuk pelancongan dan perdagangan.

Vanu tidak asing lagi di Sabah selepas beliau berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada Mei tahun lalu.

Beliau ditemani oleh Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Bhargav Sriganesh.

7 Comments