Tidak perlu lobi kerusi PRN, keutamaan calon boleh menang wakili GRS- Hajiji
22:03 Mar 18, 2024  |  By SabahKini2
Tidak perlu lobi kerusi PRN, keutamaan calon boleh menang wakili GRS- Hajiji

Menurut Hajiji sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak melobi bertanding kerana beliau mahu calon boleh menang dipilih bagi mewakili GRS

PRN yang bakal diadakan tahun depan nampaknya semakin panas. Semua parti nampaknya bekerja keras melobi untuk mendapat kerusi dan dicalonkan.Semua parti di Sabah masing-masing menyusun strategi kerusi pilihanraya

Malah GRS tidak terlepas dari perebutan kerusi PRN. Justeri Pengerusinya Hajiji Mohd Noor mengingatkan semua parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) digesa tidak melobi kerusi tertentu untuk ditandingi pada PRN akan datang, katanya

Menurut Hajiji sekarang bukan masa untuk mana-mana pihak melobi bertanding kerana beliau mahu calon boleh menang dipilih bagi mewakili GRS.

“Kita semua akan bertanding menggunakan satu simbol, iaitu simbol GRS. Jadi, ia bukan mengenai kerusi semata-mata, tetapi apa yang kita mahukan ialah calon yang boleh menang.

“Saya harap semua pemimpin kita menggunakan kebijaksanaan mereka untuk meneruskan perjuangan untuk rakyat dan pembangunan negeri ini,” katanya

Ketua menteri Sabah itu juga mahu pemimpin bahagian memperkukuhkan kerjasama di peringkat akar umbi.

Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata sangat penting untuk pemimpin akar umbi turun padang dan mendengar masalah rakyat untuk dibawa ke peringkat kepimpinan atasan.

“Ini penting memandangkan cabaran yang sedang kita hadapi kini.”

Tempoh DUN Sabah yang mempunyai 73 kerusi akan tamat pada Oktober 2025, namun PRN17 boleh diadakan lebih awal namun Hajiji nampaknya bakal menghabiskan semua penggal sebelum bubar DUN.

 

3 Comments