Program Khas Percepatkan Kelulusan Hak Milik Tanah Demi Rakyat diteruskan- Musa
00:03 Mar 18, 2018  |  By SabahKini2
Program Khas Percepatkan Kelulusan Hak Milik Tanah Demi Rakyat diteruskan- Musa

Musa Aman (kanan) menyerahkan hak milik tanah kepada 330 pemohon program Pantas sambil diperhatikan Bung Moktar Radin.

Sejak Pantas diperkenalkan pada 2011, kerajaan Sabah melalui Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan 21,378 hak milik tanah melibatkan 36,137.02 hektar di 92 kampung.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman hari ini berikrar aman meneruskan program khas kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah berhubung tanah adat (NCR).

Beliau berkata inisiatif Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (Pantas) sedang giat dijalankan di seluruh negeri bagi memastikan Bumiputera memiliki tanah tradisi secara rasmi, termasuk untuk tujuan perladangan.

“Inilah yang rakyat mahukan dan kerajaan akan bekerja keras memenuhi harapan mereka dan berikan hak mereka,” katanya selepas menyaksikan majlis penyerahan hak milik tanah kepada lebih 300 orang kampung di Kinabatangan selepas 20 tahun penantian.

Di majlis itu juga, Musa merasmikan upacara pecah tanah untuk membina sebuah dewan masyarakat bernilai RM4 di pekan Kinabatangan, di mana beliau juga mengumumkan pembinaan sebuah pasar awam.

Sejak Pantas diperkenalkan pada 2011, kerajaan Sabah melalui Jabatan Tanah dan Ukur mengeluarkan 21,378 hak milik tanah melibatkan 36,137.02 hektar di 92 kampung.

Musa memuji Ahli Parlimen Kinabatangan Bung Moktar Radin kerana berani dan lantang bersuara untuk penduduk kawasannya.

“Kita perlukan pemimpin berani dan bukan mereka yang takut membuat tuntutan bagi pihak rakyat kawasannya,’ kata ketua menteri Sabah itu.

“Saya selalu katakan di Semenanjung: Mungkin rakyat di sana tidak tahu Kinabatangan seluas Pahang dan sebab itu suara wakil rakyat Kinabatangan mesti seluas itu,” katanya.

“Kawasan ini perlukan dada yang besar utuk jalan raya, elektrik dan perkara-perkara lain. Jadi apabila Bung bercakap bagi pihak rakyat, saya sangat berbangga dengannya,” katanya.

Musa menasihatkan pengundi jangan dipengaruhi janji-janji pembangkang ada pilihan raya umum ke-14.

Beliau berkata rekod prestasi Barisan Nasional terbukti tetapi pembangkang hanya akan muncul sebelum pilihan raya akan datang dan hilang selepas itu.

Sementara itu, Musa akan berbincang dengan Jabatan Perhutanan mengenai satu rancangan untuk membina jalan raya yang menghubungkan Kinabatangan dan Kuamut, kerana akan melalui kawasan rizab hutan.

sumber asal: FMT

Comment