Warga Pakistan miliki 108kg gula pasir tanpa dokumen sah ditahan
18:03 Mar 20, 2024  |  By SabahKini2
Warga Pakistan miliki 108kg gula pasir tanpa dokumen sah ditahan

Pengarah Pejabat KPDN Sabah, Georgie Abas, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika serbuan menerusi Op Tiris di sebuah rumah di kawasan Likas pada jam 10.27 pagi.

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup Negeri (KPDN) Sabah menahan seorang lelaki warga Pakistan kerana disyaki menyimpan 108 kilogram (kg) gula pasir tanpa dokumen yang sah, pagi tadi.

Pengarah Pejabat KPDN Sabah, Georgie Abas, berkata lelaki berusia 30 tahun itu ditahan ketika serbuan menerusi Op Tiris di sebuah rumah di kawasan Likas pada jam 10.27 pagi.

Beliau berkata, ketika serbuan dijalankan, pasukan penguat kuasa mengesan seorang lelaki sedang memuatkan gula pasir ke dalam kenderaan pacuan empat roda.

"Pemeriksaan terhadap kenderaan terbabit menemukan 108 kilogram gula pasir di bahagian belakang kereta tanpa sebarang dokumen sah.

"Pemilik juga didapati tidak mempunyai lesen atau permit untuk menyimpan gula pasir di tempat berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Georgie berkata, lelaki terbabit ditahan untuk siasatan lanjut manakala bekalan gula pasir bersama kenderaan disita dengan nilai berjumlah RM50,307.80.

"Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan- Peraturan Kawalan Bekalan 1974.," katanya.

Comment