Brunergy Syarikat 'Cap Ayam': Kerajaan Brunei, Malaysia, Indonesia tak pernah lantik bina Projek Trans Borneo Railways
15:03 Mar 31, 2024  |  By SabahKini2
Brunergy Syarikat 'Cap Ayam': Kerajaan Brunei, Malaysia, Indonesia tak pernah lantik bina Projek Trans Borneo Railways

Syarikat Brunergy cadang projek TBR kos USD70b! Ada duit ke Brunergy Utama (B) Sdn Bhd? Kementerian Pengangkutan Brunei kata hanya cadangan. Tiada siapa lantik Brunergy ia hanya pengumuman biasa syarikat lobi projek. Brunergy mahu 'scammer' pelabur?

Semalam kecoh mengenai mengenai sebuah syarikat Brunei yang tidak diketahui kekuatan kewangannya Brunergy Utama Sdn Bhd (Ada menyebut Brunergy Utama (B) Sdn Bhd mengumumkan untuk membina projek Trans Borneo Railway (TBR) rangkaian kereta api berkelajuan tinggi pertama di Borneo.

Sebuah syarikat 'cap ayam' Brunergy Utama Sdn Bhd yang mengumumkan projek TBR itu di laman sesawang rasminya memberitahu, projek itu kelak akan dibina dalam dua fasa, melibatkan laluan sepanjang 1,620 kilometer (km). 

Syarikat itu mendedahkan purata laluan antara setiap stesen ialah 150km, dengan kelajuan 300 hinggga 350km sejam dan purata bagi setiap perjalanan akan memakan masa selama 30 minit.

"Fasa pertama pembinaan akan menghubungkan kuasa ekonomi di bandar-bandar pantai barat ke timur; bermula di Pontianak, Kalimantan Barat dan berakhir di Kota Kinabalu, Sabah.

"Pembinaan laluan dalam fasa pertama ini kelak akan melibatkan bandar raya Kota Kinabalu-Kimanis/Papar-Beaufort-Sipitang-Lawas-Bangar-Limbang-Bukit Panggal-Miri-Bintulu-Sibu-Sri Aman-Kuching-Sambas-Singgawang-Mempawah-Pontianak," demikian menurut Brunergy.

Laluan bagi projek TBR yang merentasi Pulau Borneo dengan laluan berwarna hijau merupakan projek fasa pertama dan warga jingga adalah fasa kedua.

Manakala fasa kedua kelak akan memasuki wilayah Kalimantan Utara dan Timur untuk menghubungkan laluan utama dengan bandar terbesar Borneo, Samarinda dan kemudiannya ibu negara Indonesia di masa depan, Nusantara.

Pembinaan bagi laluan fasa kedua ini melibatkan stesen dari Bukit Panggal (di Brunei) ke Long Seridan-Ba' Kelalan-Long Bawan-Malinau-Tanjung Selor-Tandjungredeb-Pengadan-Lubuk Tutung-Bontang-Samarinda-Balikpapan.

TBR akan menjadi tuan rumah empat terminal, berfungsi sebagai hab utama untuk pengangkutan massa, bersama-sama dengan 24 stesen di seluruh pulau.

Kedua-dua laluan kereta api itu akan bersambung di daerah Tutong, Brunei yang terletak di lokasi strategik dan berfungsi sebagai hab pusat TBR. Bruneilh 'center' kepada TBR kta Brunergy Utama Syarikat Brunei itu.

 

SIAPA BRUNERGY UTAMA SDN BHD?

Begitulah yang dimaklumkan syarikat itu. Semakan menunjukkan Brunergy Utama Sdn Bhd syarikat milik warga Brunei bukanlah sebuah syarikat berpengalaman dalam binaan keretapi di Negara Brunei ataupun Asia Tenggara. Ia hanya sebuah syarikat asal bernama Mumin Energy (B) Sdn Bhd dan beroperasi dalam sektor minyak dan gas diperbadankan pada 21 Oktobr 2013. Pengarah Urusannya ialah Khalid Abdul Mumin sebelum bergabung dengan rakan niaganya Danny Chong menukar nama kepada Brunergy Utama (B) Sdn Bhd pada tahun 2014.

Tidak banyak maklumat mengenai syarikat ini yang pasti syarikat ini bukan pakar dalam industri pembinaan keretapi tetapi dalam portal mereka memaklumkan Brunergy membentuk konsortium bersama syarikat seperti Telemax Environment and Energy Ltd (Tenaga), Juruukur C.M.K, Seri Bumi Consultant, JPCU, Arkitek Aziz, CASIC Intelligence Industry Development Co Ltd (Syarikat pertahanan China), Sumake Archa-Tech Ltd (Elektrik & Tool) dan syarikat pembinaan Utamacon (B) Sdn Bhd bagi melaksana Projek Jangka Panjang Secara  Design, Build, Own And Operate (DBOO).

Utamacon nampak lebih berpengalaman dalam industi pembinaan berbanding yang lain. Syarikat lain nampaknya bukanlah syarikat berpengalaman dalam industri’railway’.

 

Ini bermakna jika projek Brunergy ini mahu dilaksana secara DBOO mereka perlu melalui negara Malaysia dan Indonesia. Tidak mudah untuk menyediakan pajakan atau konsesi lebih lama kecuali konsesi dilantik mengikut negara masing-masing kerana ia melibatkan aset negara.

Isu terbesar ialah siapa pembiaya projek ini? Menurut Brunergy pembiaya projek bernilai USD 70b hingga USD 85b (Hampir 400bilion) ini dibiayai oleh Kerajaan Brunei, Kalimantan, Sabah dan Sarawak.

Isunya benarkah Kerajaan Brunei?. Kerajaan Malaysia (Sabah Sarawak) dan Kalimantan belum menyatakan apa-apa persetujuan mengenainya. Berapa bilion Kerajaan Brunei mahu membiaya projek ini untuk menjadikan Daerah Tutong Brunei sebagai ‘center’ TBR?

Mengapa perlu pilih Brunei sebagai ‘center’ jika Sabah dan Sarawak ada?

Brunergy adalah salah satu syarikat yang membentangkan projek TBR kepada  Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei Darussalam pada 2022. Desas-desus projek TBR ini bukan baharu pelbagai pihak cuba melaksanakannnya. Brunergy satu dari pelobinya.

Pengumuman Brunergy hanyalah setakat pengumuman salah sebuah syarikat yang menghantar cadangan kepada ​Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi (MTIC) dan bukan sebuah kelulusan kepada syarikat Brunei itu melaksanakan projek Trans Borneo Railway (TBR).

Mungkin mereka mahu menarik pelabur dalam rancangan mereka walaupun belum pasti dilantik. Bukankah ini satu cara pelaburan 'scammer' memperdaya pelabur untuk melabur kepada syarikat Brunergy Utama (B) Sdn Bhd sedangkan mereka tidak punya kelulusan sama ada Brunei Darussalam atau Malaysia dan Indonesia.

Ibarat seperti Brunergy membocorkan maklumat tendernya dan pelbagai pihak berebut-rebut mendapat maklumat seolah-olah Brunergy yang mendapat tender itu. Wal hal apa yang dipaparkan dalam webnya sekadar harapan dan 'angan-angannya'.

MENTERI PENGANGKUTAN DAN INFOKOMUNIKASI BRUNEI

YB Pengiran Dato Seri Setia Shamhary Bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi Negara Brunei (MTIC) memaklumkan dua syarikat negara itu merancang untuk membina landasan kereta api ke Negara Brunei Darussalam merentasi Sabah Sarawak dan Kalimantan Indonesia.

“Kementerian Pengangkutan, Penerangan dan Komunikasi menyatakan minat syarikat-syarikat ini dalam rancangan mereka untuk membina perkhidmatan rel di Borneo, dengan tujuan untuk terus meningkatkan ketersambungan dan mobiliti di Borneo. Cadangan-cadangan ini masih memerlukan kajian lanjut oleh syarikat-syarikat yang berkaitan, terutamanya dari segi kebolehlaksanaan, pelaburan, tanggungjawab dan pihak yang terlibat’

Menurut Menteri Brunei itu cadangan ini masih belum dibincangkan secara rasmi di peringkat kerajaan, tetapi terdapat kumpulan sub-kerja ASEAN mengenai kereta api di peringkat ASEAN.

HUBUNGAN BIMP-EAGA: SARAWAK KAJI PEMBINAAN TRANS BORNEO RAILWAY

September 2023 Premier Sarawak mengumumkan sedang memulakan projek kajian dan pembangunan kereta api trans-Borneo serta meneroka kemungkinan rangkaian kereta api komprehensif di seluruh Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Openg namun tidak pernah menyebut atau melantik Brunergy Utama (B) Sdn Bhd syarikat Brunei membinanya.

Beliau berkata kerajaan negeri komited untuk mengenal pasti kebolehlaksanaan sambungan rel rentas sempadan dengan negara jiran Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

"Visi kami melangkaui sempadan Sarawak," katanya pada penutupan Persidangan Pengangkutan Sarawak yang diadakan sempena mesyuarat kluster pengangkutan BIMP-EAGA (Brunei, Indonesia, Malaysia dan Filipina - Kawasan Pertumbuhan Asia Timur) ke-10 tahun lalu.

"Dalam rangka kerja platform BIMP-EAGA, kita mesti menyedari potensi besar untuk memupuk kerjasama yang lebih mendalam dan memanfaatkan sinergi untuk menyumbang secara kolektif kepada pembangunan mampan di rantau kita,"

Abang Johari berkata wilayah itu perlu mempunyai perhubungan yang baik antara satu sama lain bagi mengembangkan perdagangan, pelaburan dan destinasi pelancongan untuk rakyat.

“Apabila kita boleh berhubung dengan lancar, industri dan pasaran kita boleh bertindih untuk mencipta peluang baharu untuk perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan ekonomi.

“Integrasi ini membolehkan pergerakan barangan, modal dan manusia yang cekap, mengurangkan halangan perdagangan dan meningkatkan daya saing ekonomi rantau kita.

“Kesalinghubungan rentas sempadan yang kukuh juga memastikan pelancong dapat menerokai landskap dan pengalaman yang indah dan pelbagai yang ditawarkan oleh setiap negara di rantau kita dengan mudah,” tegasnya.

Ini sesuai dengan pemindahan ibu kota Indonesia yang akan datang, dari Jawa ke Kalimantan Timur di pulau Borneo, boleh menekankan lagi kepentingan hubungan rentas sempadan.

Maka penerokaan kajian kebolehlaksanaan rangkaian kereta api yang komprehensif di seluruh Sarawak wajar dilakukan.

Ini bermakna Syarikat berasal dari Sarawak juga mempunyai ruang untuk melobi melaksana Projek TBR bukan Brunergy Utama (B) Sdn Bhd.

 

PROJEK TRANS BORNEO RAILWAY PEMANGKIN WILAYAH BORNEO- HAJIJI KETUA MENTERI SABAH

Cadangan projek Kereta Api Trans Borneo menghubungkan Sabah, Sarawak, Brunei dan Kalimatan di Indonesia bakal menjadi pemangkin ekonomi bagi wilayah Borneo, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Ini sejajar dengan kenyataan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi sejak november tahun lalu  yang menerimaakementeriannya telah menerima cadangan awal mengenai Projek Kereta Api Trans Borneo. Satu kajian kebolehlaksanaan laluan Kereta Api Trans Borneo melibatkan bahagian Sarawak-Sabah dibuat merealisasikan  projek ini. Bagaimanapun Menteri Kerja Raya Nanta Linggi tiada makluman mengenai pelantikan syarikat seperti Brunergy Utama (B) Sdn Bhd.

Pengumuman Brunergy Utama (B) Sdn Bhd hanya seronok-seronok untuk memberi persepsi mereka mendapat  TRANS BORNEO RAILWAY dan semua pelabur perlu menyertai mereka. Ini semua rancangan' scammer' memperdaya pelabur.

Tak mungkin Kerajaan Brunei Darussalam melantk kontraktor 'cap ayam' seperti Brunergy Utama (B) Sdn Bhd untuk melaksana projek TRANS BORNEO RAILWAY yang berbelanja lebih USD 70bilion ini.

 

 

2 Comments