Hajiji hadir mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang pertama
14:04 Apr 03, 2024  |  By SabahKini2
Hajiji hadir mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang pertama

Mesyuarat dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini bagi membincangkan beberapa isu utama mengenai keperluan tenaga semasa dan masa depan negara.

PUTRAJAYA: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menghadiri mesyuarat Majlis Tenaga Negara yang julung kali diadakan bagi menggariskan hala tuju dan dasar strategik Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini hari ini bagi membincangkan beberapa isu utama mengenai keperluan tenaga semasa dan masa depan negara.

Turut dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah kemas kini mengenai 10 projek perdana di bawah NETR termasuk satu projek perdana Sabah, Keselamatan Tenaga Sabah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan tujuh menteri kabinet Persekutuan hadir sama mesyuarat itu.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Abdul Nasser Abdul Wahid.

Comment