Tan Sri Robert Tan Bos Spanco didakwa tipu MOF RM3.9 bilion
04:04 Apr 04, 2024  |  By SabahKini2
Tan Sri Robert Tan Bos Spanco didakwa tipu MOF RM3.9 bilion

Mengikut pertuduhan, Hua Choon didakwa menipu MOF. Bagaimanapun, Hua Choon atau lebih dikenali sebagai Robert Tan, 83, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Pengerusi Spanco Sdn. Bhd (Spanco), Tan Sri Tan Hua Choon, didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu hingga mendorong Kementerian Kewangan (MOF) menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9 bilion, lima tahun lalu.

Bagaimanapun, Hua Choon atau lebih dikenali sebagai Robert Tan, 83, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussin.

Mengikut pertuduhan, Hua Choon didakwa menipu Kementerian Kewangan Malaysia, dengan memperdayakan Jawatankuasa Pembuka Peti Tender bagi tender bertajuk ‘Request For Proposal for Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle Fleet’ Unit Kerjasama Awam Swasta, Kementerian Kewangan Malaysia bahawa terdapat pemilikan saham sekurang-kurangnya 30 peratus oleh Bumiputera di syarikat Spanco.

Ia menerusi dokumen bertajuk ‘Appendix IV (Annex i) Bidder’s Profile’, dan dia dituduh secara tidak jujur telah mendorong Kementerian Kewangan Malaysia untuk menganugerahkan kontrak ‘Supply, Repair, Maintenance and Management of Government of Malaysia Vehicle FleeÅ¥ bernilai RM3.9 billion kepada syarikat itu.

Sedangkan Kementerian Kewangan Malaysia tidak akan berbuat sedemikian sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Bilik Tender , Unit Kerjasama Awam Swasta Kementerian Kewangan di Putrajaya antara 27 Februari 2019 dan 28 Februari 2019 yang didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sebelum ini media melaporkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian milik seorang ahli perniagaan bergelar Tan Sri bernilai puluhan juta ringgit.

Pembekuan akaun bank berkenaan adalah susulan daripada siasatan yang dijalankan SPRM terhadap seorang ahli perniagaan berkaitan kontrak yang diberikan kepada sebuah syarikat pembekal kenderaan kerajaan sejak Julai tahun lepas.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jun ini bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen

 

Comment