Polis buru Hafizul pendokong 'Walaun PAS' PN cuba tembak isteri di KLIA 1
05:04 Apr 15, 2024  |  By SabahKini2
Polis buru Hafizul pendokong 'Walaun PAS' PN cuba tembak isteri di KLIA 1

Tergamak nak bunuh isteri dengan gunakan pistol haram. Lumrah mental pendokong Walaun PAS-PN yang taksub mereka sanggup nak tembak isteri dan keluarga sendiri. Apa masalah Hafizul Walaun?

Hafizul Marawi 'Walaun' PAS suspek yang cuba menembak isterinya  Ustazah Farah Cie daripada syarikat Travel agen Busyra Holidays Sdn Bhd di Balai Ketibaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 pernah ditahan pada Dis tahun lalu kerana mengugut isterinya.

Apakah masalah hubungan suami isteri antara Hafizul dan Farah Cie tidaklah diketuai tapi kes ini lebih berat kerana melibatkan senjata api dan cubaan membunuh. Hafizul masih berada di luar sana. Apa pun tekanan dan masalah Hafizul kini beliau dalam buruan polis.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Dato Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata ugutan itu menjadi punca wanita itu yang menjadi sasaran sebenar mengupah pengawal peribadi atas faktor keselamatan.

Rekod jenayah

Shuhaily juga berkata penembak, Hafizul Zarawi, 38, mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun dan menyamar sebagai penjawat awam.

"Kami sarankan suspek untuk menyerah diri di mana-mana balai polis kerana apa yang sudah terjadi sudah pun terjadi.

"Pihak polis akan menyiasat di bawah Seksyen 307 atas cubaan membunuh dan Seksyen 8 atas kesalahan memiliki senjata secara haram,” katanya pada sidang media.

Tambahnya, siasatan awal mendapati suspek telah memperoleh senjata api secara haram dan gerakan memburu giat dilaksanakan di seluruh negara.

Setakat ini, polis menyimpulkan tiada unsur keganasan kerana ia adalah dendam peribadi dan masalah keluarga dengan sasaran terhadap isteri.

Shuhaily turut mengesahkan suspek sedang melalui proses perceraian dengan isterinya.

Mengenai keadaan mangsa tembakan, Shuhaily berkata, pengawal peribadi itu kini dalam keadaan kritikal selepas ditembak di bahagian perut.

Menurut polis, suspek dipercayai melarikan diri ke utara.

Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata siasatan mendapati suspek berniat menembak isterinya.

 

Hafizul Walaun PAS-PN

Semakan menunjukkan Hafizul suami Farah Cie merupakan seorang penyokong tegar PAS-PN.Mungkin kerana mentaliti taksub dan terdesak dengan isteri sehingga sanggup mahu membunuh isterinya. Mental taksub seperti ini perkara biasa buat pendokong parti PAS.


 

 Taksub tak heran tembak bini

1 Comment