Sibuk memfitnah: MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo
18:04 Apr 16, 2024  |  By SabahKini2
Sibuk memfitnah: MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar, Papagomo

MCMC dalam satu kenyataan mengatakan rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, manakala Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memanggil pemilik akaun media sosial, Badrul Hisham Shaharin (Chegubard), Mohamad Salim Iskandar (Salim Iskandar) dan Wan Muhammad Azri Wan Deris (Papagomo) untuk rakaman percakapan esok.

MCMC dalam satu kenyataan mengatakan rakaman percakapan untuk Chegubard dan Salim Iskandar akan dijalankan di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya, manakala Papagomo pula di Balai Polis Setapak.

"Rakaman percakapan ini susulan aduan berkenaan kandungan yang dimuat naik menerusi laman media sosial yang disyaki melanggar peruntukan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya dalam kenyataan hari ini.

MCMC berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntuk hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

"Orang ramai diingatkan agar tidak menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian dan perkhidmatan aplikasi dalam talian untuk menyebarkan sebarang kandungan tidak sahih atau palsu," katanya.

 

Comment