Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah
Anak perempuan ketua polis daerah itu berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu
Anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah hari ini.
Ada banyak spekulasi antaranya anak remaja perempuan itu dipercayai bermain dengan pistol milik bapanya yang tertinggal di rumah.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.
“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya.
Menurut Razarudin, mayat mangsa dihantar ke hospital dan proses bedah siasat akan dijalankan pada jam 9 pagi esok.
“Polis sedang sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan lanjut.
“Dalam perkara ini, saya menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini, misalnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya sehingga siasatan lengkap selesai dijalankan nanti.
“Biarlah polis menjalankan siasatan terperinci dalam kejadian ini,” katanya
Dzulbaharin dilantik sebagai KPD Lahad Datu pada 1 April lepas.