Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise
02:03 Mar 19, 2018  |  By SabahKini2
Lagi Rasuah Anak Syarikat UEM CIMA Dilapor SPRM Selepas tangkapan UEM Sunrise

Rasuah dalam anak syarikat UEM Group Berhad semakin menjadi. Terbaru tangkapan Timbalan Pengurus Besar UEM Sunrise dan dua lagi pegawai. Kini aduan terhadap CIMA, Perak Bumi Rel dan Liannex

Nampaknya isu UEM Group Berhad ini tidak pernah berakhir. Skandal UEM Group Berhad pernah didedahkan oleh blog Another brick in the wall. Pengambilan Sunrise UEM yang bermasalah sehingga sekarang masih menjadi buah mulut orang. Bukan itu sahaja pemegang saham dari DAP dan juga COO yang gemar mengkritik Perdana Menteri menjejaskan imej UEM. Pastinya juga anda mengenali Dato’ Tong Kooi Ong kroni Anwar Ibrahim salah seorang pemegang saham Sunrise UEM pemilik The Edge Publishing Pte Ltd yang anti kerajaan.

Terbaru 6 Februari 2018 Timbalan Pengurus Besar, Pengarah Projek UEM Sunrise dan pembantu peribadi kepada timbalan pengurus besar ditahan SPRM kerana menyalahgunakan kuasa dengan meminta dan menerima rasuah daripada kontraktor untuk melayakkan mereka menerima bayaran penuh daripada tuntutan bulanan bagi kerja-kerja penyelenggaraan landskap syarikat UEM itu.

 

Sebelum ini pernah juga dilaporkan aduan anak syarikat UEM Group Berhad iaitu Cement Industries of Malaysia Berhad (CIMA) melibatkan kilangnya Negeri Sembilan Cement Industries (NSCI)mengenai pengurusan NSCI kilang Bahau melibatkan salah laku penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kes kecurian kargo melibatkan kilang simen NSCI Bahau.

Menurut maklumat dalaman terdapat salahguna kuasa dan rasuah melibatkan kontraktor NSCI iaitu Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang beroperasi di Jeti Port Dickson. Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd juga adalah operator jeti dan lori transporter NSCI bagi kargo arang yang diimport dari luar negara. Pernah terdapat aduan mengenai pencemaran alam sekitar. Namun tidak diambil tindakan hingga kini. Malah mereka kawtim semua jabatan di Port Dickson dari mengambil tindakan terhadap mereka.


Aduan dibuat. JKKP periksa mengejut Jeti. Apa hukuman Perak Bumi Rel? JKKP sahkan terdapat perlanggaran aspek keselamatan. Namun hanya diberikan teguran lisan sahaja sedangkan pencemaran 
dan tahap keselamatan Jeti tidak menepati piawaian.
Bumi Rel membayar rasuah semua agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar.
SPRM perlu siasat perkara ini

Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd telah lama dipantau kerana terlibat dengan kes kecurian kargo sejak bertahun-tahun yang lalu. Menurut penduduk tempatan di Jeti Port Dickson, kontraktor mengunakan gudang berhampiran untuk menyimpan sebahagian daripada kargo arang batu yang dipunggah dan kemudiannya menjual kargo tersebut kepada pihak lain.

Hal ini telah berlarutan bertahun-tahun namun NSCI tidak pernah mengambil serius untuk menghentikan penyelewengan oleh Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd.

SPRM dikatakan telah menyiasat salah laku Pengurus Kilang NSCI ini yang membawa kepada peletakan Encik Nyak selaku pengurus kilang.

Kenapa pihak pengurusan CIMA dan kilang NSCI masih terus dibayangi kisah rasuah yang tidak pernah tamat? Dari jeti, curi arang batu, simen dan transport yang tidak pernah selesai. Pasti ada sesuatu berlaku.

Kali ini terdapat pula aduan Pegawai Perolehan CIMA Cik Vindie Eu menerima rasuah daripada syarikat PERAK BUMI-REL dan LIANNEX

Meskipan CIMA mempunyai pihak pengurusan yang baharu, kemelut rasuah nampaknya masih terus berlaku dan di dalangi "little napolean" dalam jabatan perolehan CIMA iaitu Cik Vindie Eu (0192801448).

Rasuah ini tetap berlaku sekian lama kerana, Cik Vindie Eu yang membuat keputusan untuk menggunakan Syarikat Bumi Rel Perak Sdn Bhd yang juga terlibat mencuri arang batu dan menjadi pembekal khidmat transport membawa arang batu. Pihak CIMA telah membuat laporan polis terhadap syarikat ini dan kerugian berjuta ringgit oleh anak syarikat UEM ini.

Arang batu telah dicuri oleh syarikat Perak Bumi Rel ini. Menurut pegawai dalaman kes kecurian ini telah berlaku sekian lama, dan Syarikat Perak Bumi Rel Sdn Bhd bekerjasama dengang bekas pengurus kilang iaitu En Nyak yang juga telah meletakkan jawatan dan juga disiasat oleh pihak SPRM.

Pihak pengurusan CIMA dan NSCI juga lupa untuk memeriksa dan melakukan domestic inquiry kepada Cik Vindie Eu dimana beliau juga ada bersekongkol bersama En Nyak (Bekas pengurus kilang) dalam perihal ini.

Perkara -perkara berikut telah dilakukan oleh Cik Vindie iaitu;

1. Syor dan melantik Syarikat Perak Bumi Rel untukmembawa arang batu dari jeti di Port Dickson ke kilang simen Bahau

2. Masih lagi menggunakan jetidi Port Dickson yang tidak selamat langsung dan ber Pencemaran yang teruk dan penduduk setempat membuat aduan.

3. Melantik syarikat Liannex Corporation (S) Pte Ltd untuk membekal dan membawa arang batu dari Indonesia ke Malaysia dan berlabuh di jeti Port Dickson yang tidak selamat dan berbahaya. Liannex membekal arang batu berkualiti rendah dan dikatakan turut terlibat dengan pencurian simen CIMA.


Syarikat Perak Bumi-Rel Sdn Bhd yang mendapat sewaan tanah Jeti KTM dikatakan punya kaitan dengan DAP

4. Syarikat Perak Bumi Rel dan Liannex bekerjasama dengan Cik Vindie Eu dalam memastikan mereka dapat membekal arang batu dan membawa transport arang batu ke kilang simen. Cik Vindie Eutelah tahu kedua-dua syarikat ini mempunyai masalah serta banyak aduan namun tetap menyebelahi mereka kerana dibayar rasuah dan punya kepentingan.

5. Cik Vindie Eu telah melanggar health and safety regulation menggunakan jeti yang tidak selamat. Cik Vindie Eu melanggar arahan Head Group health, Safety, Securrity dan environtment namun pengarah tidak dapat berbuat apa-apa kerana telah disokong oleh Cik Vindie Eu. Cik Vindie Eu nampaknya sangat kebal dan apakah Head Group health, Safety, Securrity dan environtment turut punya kepentingan?

6. Adakah pihak CFO CIMA membenarkan Cik Vindie Eu membuat keputusan tanpa kelulusan lembaga pengarah? atau CFO terlibat mengarahkan Cik Vindie Eu menguruskannya?

CFO CIMA

7. Adakah Lembaga Pengarah tidak dimaklum bahawa jeti Port Dickson berisiko tinggi dan bahaya dan pada bila-bila masa boleh runtuh?

PIHAK LEMBAGA PENGARAH SENDIRI HARUS MELIHAT SENDIRI STATUS JETI DI PORT DICKSON YANG TIDAK "UNFIT DAN NO SAFETY MEASURES" INI DENGAN JELAS TELAH MELANGGAR PERATURAN DAN SOP "HEALTH AND SAFETY" CIMA. PIHAK CIMA MENYIASAT CIK VINDIE EU MENGAPA MASIH TERUS MENGGUNAKAN JETI YANG TIDAK SELAMAT DAN BERMASALAH?

CIMA perlu juga membuat domestic inquiry serta siasatan terhadap dua syarikat ini iaitu Syarikat Perak Bumi Rel Sdn Bhd dan Liannex Corporation (S) Pte Ltd. Kekayaan Cik Vindie Eu perlu disiasat kerana meragukan.

Jadi kita menggesa SPRM menyiasat laporan ini dan memanjangkan untuk tindakan SPRM.

3 Comments