PM Anwar lawat Sabah, Selesaikah perebutan kuasa Geng 16 singkir Dr Sangkar Rasam?
09:04 Apr 20, 2024  |  By SabahKini2
PM Anwar lawat Sabah, Selesaikah perebutan kuasa Geng 16 singkir Dr Sangkar Rasam?

Kumpulan Ketua Cabang PKR yang sama singkir Christiina kini melakukan gerakan menyingkirkan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN. Dr Sangkar tiada jawatan dalam kerajaan dan GLC maka sasaran mudah singkirkan Dr Sangkar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.

Pesawat khas membawa Anwar tiba di Terminal Dua Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada jam 11.40 malam dan disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah III, Datuk Shahelmey Yahya; Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Christina Liew serta Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M Yahya.

Hari ini Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah. Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dijadual merasmikan majlis itu pada jam 12.30 tengah hari.

Kemelut PKR Sabah

Jam 8.30 pagi PM juga menghadiri Mesyuarat Khas PKR Sabah di Magellan Sutera bagi menyelesai kemelut PKR Sabah yang mahu menyingkirkan Datuk Sangkar Rasam.


Apakah Anwar akan melayan tuntutan Geng 16 singkir Datuk Dr Sangkar?

Perebutan kuasa Pengerusi MPN Sabah bukan baru. Pada tahun 2021 Datuk Dr Sangkar Rasam mengetuai 16 Ketua Cabang PKR menggesa pengerusi perhubungan negeri Datuk Christina Liew dipecat serta-merta. Tahun 2021 Christina bukan lagi Menteri dalam kerajaan negeri maka beliau disingkirkan memastikan kebangkitan PKR di Sabah.

Antara Ketua Cabang yang terlibat ketika itu ialah ialah Sazalye Donol (Kota Marudu), Simsudin Sidek (Labuan), Joseph Alex Chang (Penampang), Dausil B. Kundayong (Tuaran), Franti Kuntau (Papar). , Wendey Agung Baruh (Sipitang), Peter Sumping (Ranau), Raymond Ahuar (Pensiangan), Matusin Apang (Batu Sapi), Sahrudin Harol (Sandakan), Romansa Lamin (Silam), Sahrul Zakaria (Kalabakan), Barani Ampise (Tenom) , Talip @ Roslan Hussin (Kimanis), Abdul Gani Zebika (Tawau), Rubiah Onga, Ketua Wanita PKR Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi, Datin Rufina Pengeran, Timbalan Ketua Pergerakan Wanita PKR Sabah merangkap Ahli Majlis Tertinggi, Manja Matdin, Exco kepimpinan Pusat, Ketua Srikandi Sabah Junaidah Makku, Rosli Masliku, ahli Majlis Tertinggi negeri dan ahli Majlis Tertinggi negeri Stefley Said

Tahun 2024 nampaknya beberapa Ketua Cabang yang sama menyingkirkan Datuk Christina Liew kini mahu bergabung pula menyingkirkan Datuk Dr Sangkar Rasam. Hari ini Tim Datuk Christina Liew dalam Kerajaan GRS-PH Plus dilantik  Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri dan Datuk Mustapa Sakmud Timbalan Menteri Sumber Manusia.

Datuk Dr Sangkar Rasam pula tidak dilantik mana-mana jawatan Kerajaan Negeri atau GLC menyebab beliau dilihat lemah dan tidak berkuasa. Maka pasukan yang beliau pimpin menyingkirkan Christina Liew bangkit kembali membuangnya.  

Lumrah pihak yang ada kuasa akan singkirkan pihak yang dilihat lemah. Namun itulah politik Sabah. Mana-mana parti Sabah juga berbuat perkara sama untuk menyingkirkan pemimpin mereka jika dilihat lemah.

Menurut Jurucakap 15 Ketua Cabang berkenaan, Sazalye Donol Abdullah mendakwa Sangkar yang dilantik sebagai Pengerusi MPN pada Ogos 2022, gagal melaksanakan tanggungjawab memantapkan PKR Sabah.

Beliau berkata, gesaan agar Sangkar mengundur diri juga mengambil kira keperluan untuk melantik pemimpin baharu yang lebih proaktif menggerakkan parti, terutama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang semakin dekat.

"Kesemua 15 Ketua Cabang terbabit sebulat suara menyatakan pendirian menolak kepemimpinan Datuk Dr Sangkar Rasam sebagai Pengerusi MPN Sabah, dan kami sudah menyatakan pendirian melalui akuan bersumpah (SD).

Perebutan kuasa antara pasukan Datuk Dr Sangkar Rasam nampaknya lebih teruk sehingga paparan Billboard kumpulan 16 menyambut kedatangan Datuk Seri Anwar Ibrahim PMX di Sabah.

Menurut sumber kumpulan Sazalye Donol Abdullah  dan Christina Liew mahukan Datuk Mustapa Sakmud Timbalan Menteri Sumber Manusia mengetuai MPN Sabah. 

Pimpinan MPN PKR Sabah tidak akan maju selagi ada Ketua Cabang PKR yang menghasut seperti Raymond Ahuar. Sebelum ini beliau juga terlibat menyingkir Christina Liew yang beliau bekas Setiausaha Politiknya. PRN 2020 Raymond Ahuar tewas di Dun Sook begitu juga Datuk Dr Sangkar tewas Parlimen Pensiangan dalam PRU 15 melawan Arthur Joseph Kurup. Situasi ini akan berterusan dalam kepimpinan PKR Sabah akan datang. Siapa tidak memanfatkan Ketua Cabang akan disingkirkan. 

Berjayakah mereka hari ini mengadu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim PMX?

4 Comments