(VIDEO) Bukti Anifah Aman Pejuang Tulen: Siapa Yang Main Wayang?
05:03 Mar 19, 2018  |  By SabahKini2
(VIDEO) Bukti Anifah Aman Pejuang Tulen: Siapa Yang Main Wayang?

Beliau sanggup melepaskan jawatan Timbalan Menteri pada 2008 demi membuktikan dan memperjuangkan iaitu hak rakyat Sabah yang seharusnya setimpal dengan apa yang negeri telah sumbangkan. Bersandiwara?

 

Perjuangan Dato’ Sri Anifah dalam membela hak-hak Sabah sebagai sebuah negeri berdaulat di dalam Malaysia bukanlah sesuatu yang baru.

Malahan semenjak mula-mula ketika menyandang kerusi Parlimen Beaufort yang dimenanginya pada tahun 1999 lagi, Dato’ Sri Anifah sudah acap kali bertegas dan berjuang agar hak anak-anak Sabah tidak dipinggirkan. Dan perjuangan itu tidak pernah padam malahan disambung di kerusi Parlimen Kimanis semenjak 2004 sehingga ke hari ini.

Saksikan video yang Mungkin ada yang masih ingat bidalan “rumah Banglo dan rumah teres” yang pernah digunakan oleh Dato’ Sri Anifah sewaktu berbahas di Parlimen pada Mei 2008.

Perbahasan beliau, andaian beliau cukup membuktikan bahawa pemimpin ini sememangnya seorang pejuang Sabah yang Tulen? Beliau sanggup melepaskan jawatan Timbalan Menteri pada 2008 demi membuktikan dan memperjuangkan iaitu hak rakyat Sabah yang seharusnya setimpal dengan apa yang negeri telah sumbangkan. Bersandiwara? Main Wayang? Bukan Anifah Aman. Apa beliau katakan sememangnya beliau laksanakan. Biar video ini berbicara sebagai bukti perjuangan sebenar Anifah Aman.

3 Comments