MyCC dedah kartel tebatan banjir, bila SPRM nak dakwa Tuan Ibrahim Tuan Man pula?
17:04 Apr 24, 2024  |  By SabahKini2
MyCC dedah kartel tebatan banjir, bila SPRM nak dakwa Tuan Ibrahim Tuan Man pula?

MyCC dedah Kartel Tebatan Banjir 'Mangkubumi' milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan syarikat sama yang kecoh projek tebatan banjir disiasat SPRM 2022. Terbukti Tuan Ibrahim bekas Menteri KASA tandatangan LOA lebih RM500 juta. Mengapa SPRM belum dakwa?

Nampaknya isu monopoli syarikat ‘Mangkubumi’ sebagai Kartel Projek “Tebatan Banjir’ tidak pernah berakhir. Syarikat dikuasai Tan Sri Ir Zainudin Karjan seorang yang disiasat SPRM kerana syarikatnya menguasai Projek Tebatan Banjir. Selain itu terlibat projek jalan dan loji air. ‘Kabel’orang politiknya sangat bagus siapa kerajaan pun Mangkubumi pasti mendapat projek kerajaan.

Siapa tidak kenal syarikat Mangkubumi Sdn Bhd dan pengasasnya Tan Sri Ir Zainudin Karjan? Projek Kementerian Kerja Raya dan Kementerian  Sumber Asli dan Kelestarian Alam habis disapunya. Tan Sri Ir Zainudin Karjan, Mangkubumi dulu berlindung disebalik Dato' Azeez Rahim sehingga dituduh di mahkamah dalam kes rasuah, selepas itu Tan Sri Ir Zainudin Karjan menempel pula dengam Tan Sri Noh Omar bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang mendapatkan projek Tebatan Banjir di Selangor. 

Penaja Kewangan Tan Sri Noh Omar
Berapa juta Mangkubumi beri projek Tebatan Banjir Selangor?

Terbaru Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendedahkan lapan syarikat kontraktor berdepan denda sekiranya didapati terlibat dalam penipuan bida tiga tender jabatan kerajaan bernilai kira-kira RM473 juta lima tahun lalu.

Menurut MyCC, tender berkenaan untuk kerja-kerja pembinaan jalan dan sistem tebatan banjir yang dikeluarkan pada 2019 dengan dua daripadanya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan satu lagi oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Sebenarnya bukan tahun 2019 je malah sehingga hari ini pun syarikat dikuasai Tan Sri Ir Zainudin Karjan bolot semuanya.

Syarikat terlibat ialah Dutamesra Bina Sdn. Bhd., IDX Multi Resources Sdn. Bhd., Mangkubumi Sdn. Bhd., Menang Idaman Sdn. Bhd., Meranti Budiman Sdn. Bhd. Pintas Utama Sdn. Bhd., NYL Corporation Sdn. Bhd. dan Kiara Kilat Sdn. Bhd. 

Pengerusi MyCC, Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus berkata, Keputusan cadangan terhadap lapan kontraktor berkenaan kerana melanggar Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 (CA2010) telah diputuskan pada 16 April 2024 dan dimaklumkan kepada semua terbabit semalam.

"Enam perusahaan iaitu, Dutamesra Bina, IDX Multi Resources, Mangkubumi, Menang Idaman, Meranti Budiman dan Pintas Utama telah berpakat dalam kesemua tiga tender tersebut. 

"NYL Corporation pula terlibat di dalam kedua-dua tender JKR manakala Kiara Kilat Sdn. Bhd. hanya terlibat dalam salah satu daripada dua tender JKR," katanya dalam kenyataan media.


Pengerusi MyCC, Datuk Seri Hishamudin Yunus

Berdasar semakan di laman web MyCC, tipuan bida atau bid rigging merupakan perjanjian (bertulis atau lisan) antara pembida yang boleh menghalang atau menyekat persaingan dalam aktiviti tender. Tipuan bida boleh berlaku apabila dua atau lebih pembida di dalam sesuatu bidaan (tender) berpakat bagi menentukan pemenang bidaan tersebut.

Menurut Datuk Seri Hishamudin Yunus Pengerusi MyCC penyiasatan mendapati pada peringkat Keputusan cadangan bahawa perusahaan-perusahaan ini telah berpakat melakukan aktiviti tipuan bida melalui perkongsian maklumat serta koordinasi dalam penyertaan tender tersebut. 

"Perlu ditekankan di sini bahawa penemuan MyCC melalui Keputusan Cadangan adalah dapatan awal, maka tidak boleh diandaikan bahawa mana-mana perusahaan telah melanggar Akta Persaingan 2010 pada peringkat ini. 

"Seperti yang diperuntukkan dalam Akta, perusahaan-perusahaan ini juga telah dimaklumkan mengenai penalti kewangan yang dicadangkan. 

"Perusahaan-perusahaan terbabit juga diberi peluang untuk mengemukakan representasi bertulis dalam tempoh 30 hari selepas menerima Keputusan Cadangan," jelasnya.

Kata beliau, setelah itu, perusahaan-perusahaan ini boleh memilih untuk membentangkan representasi lisan kepada Suruhanjaya pada tarikh yang akan ditentukan kelak. 

"MyCC hanya akan mengeluarkan Keputusan Akhirnya selepas mempertimbangkan representasi oleh perusahaan-perusahaan bersama-sama bukti yang diperolehi daripada penyiasatan berkaitan," 

Ini adalah apa yang disahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia

KISAH 2022: Siasatan SPRM Projek Tebatan Banjir- Syarikat Mangkubumi 

Disember tahun 2022 kecoh siasatan SPRM dan perang mulut antara Rafizi dan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man (_PAS)  bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) mengenai projek Tebatan Banjir berbilion ringgit

ARTIKEL BERKAITAN- Bukti Tuan Ibrahim Menteri PAS tandatangan SST Projek Tebatan Banjir!Berapa Mangkubumi bayar rasuah SST RM529.4 juta?

Nampaknya isu projek rundingan tebatan banjir secara rundingan terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Pada 6 disember 2022  Anwar PMX memaklumkan membatalkan projek RM7 bilion tebatan banjir yang diluluskan sebelum PRU-15.

Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula bertegas tidak mengaku menandatangi Surat Setuju Terima (SST) atau LOA projek.

Namun akhirnya kantoi apabila semua surat-surat projek terutama kepada syarikat Team Mangkubumi tersebar meluas di laman sosial membuktikan Tuan Ibrahim menandatangani surat.

Projek Tender dan Rundingan Terus - Tuan Ibrahim Tuan Man Menteri PAS  dan Mangkubumi

Terbukti selain tender terbuka, terhad/terpilih, wujud juga Projek Rundingan Terus tanpa tender di Zaman Kerajaan PN diarah PM atau ditandatangi oleh Tuan Ibrahim. 

Ada dokumen/surat yang tular di laman sosial iaitu;

1. SURAT SETUJU TERIMA- Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta) Rujukan Bil. (54) dlm PPS (S) 7/2021 bertarikh 30/8/22 kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB) (Tender Terpilih- seperti Rundingan Terus)

2. Surat kelulusan MOF, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB)

3. Surat kelulusan MOF, Projek Naik Taraf loji Sedia Ada dan Kerja Rasionalisasi bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan (Reka dan Bina) (Rundingan Terus) kos RM RM285 juta bertarikh 27 Oktober 2022. (Rujukan MOF .BPK (S) 600-15//59/45JLD.2 (3) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD (MSB).

Dokumen yang terdedah mengesahkan Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) terbukti  menandatangani Surat Setuju Terima (SST) kepada kontraktor syarikat Mangkubumi Sdn Bhd bagi Projek Menaiktaraf Kolam Tebatan Banjir Krubong- Durian Tunggal sebagai Kolam Dwi-Fungsi untuk Tebatan Banjir dan Sumber Air Negeri Melaka (Secara Reka Bina) kos RM529,458,714.06 (RM529.4 juta)

Tarikh SST nampaknya 'backdated' ditulis dengan tangan..

Tuan Ibrahim Tuan Man telah menandatangani kontrak bernilai RM529.4 juta bermakna ada banyak lagi SST (LOA) yang ditandatangani olehnya sebagai Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA).  Dokumen LOA penuh seperti berikut;


Bukti SST yang ditandatangani oleh Tuan Ibrahim Tuan Man

 

Dokumen lain ialah Surat kelulusan MOF, Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor kos RM2 bilion bertarikh 7 Oktober 2022. (Rujukan MOF.BPK (S)600-15/59/206 (4) kepada Syarikat MANGKUBUMI SDN BHD. Surat Pejabat YAB Perdana Menteri 9 bertarikh 16 Ogos 2022 rujukan PPM.RB.600-6/2/9. Salinannya kepada Ketua Setiausaha Sulit Kepada YAB PM. Butiran surat, memo atau minit arahan dari pejabat YAB PM ada ditangan SPRM. Arahan PM, Menteri KASA dan Menteri Kewangan bagi tujuan kelulusan hanya MOF yang ada salinan demikian.

Sumber SPRM memaklumkan surat Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor ini disokong oleh Tan Sri Noh Omar bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor. Noh Omar kini melompat dalam Parti Perikatan Nasional. Anak Tan Sri Noh Omar, Nurul Syazwani Ketua Srikandi Muda BERSATU Bahagian Tanjong Karang dicalonkan di DUN Permatang.  Noh Omar dan Tuan Ibrahim mendapat komisen projek ini. 

 

 

Laporan media menyebut Kerajaan memperuntukkan lebih RM5.6 bilion bagi membina kolam takungan dwi-fungsi Sungai Klang-Rasau dan Loji Rawatan Air Langat 2 Fasa 2 (LRAL2F2) yang kononnya dilaksana tahun depan. Ini bermakna kos projek takungan dwi fungsi Sungai Klang-Rasau  ialah RM3.6 bilion. Surat kelulusan MOF diluluskan dua hari sebelum kerajaan dibubarkan. Semua proses ini diperakukan melalui Surat MOF Pelaksanaan Perolehan Kerajaan selaras Peranan dan Fungsi Kerajaan Caretaker. Rujukan MOF.BPK (S) 600-1/1/4 (3) bertarikh 18 Oktober 2022. Arahan MOF ini bagi menghalalkan semua SST atau kontrak (Backdated) selepas pembubaran parlimen pada 10 Oktober 2022.


Dokumen ketiga yang tular menunjukkan kehebatan 'kabel' Mangkubumi ialah Projek Naik Taraf loji Sedia Ada dan Kerja Rasionalisasi bagi Kawasan Tadahan Pembetungan Klang Selatan (Reka dan Bina) (Rundingan Terus) kos RM RM285 juta.


Permohonan surat ini  bermula dari lobi Syarikat Mangkubumi Sdn Bhd kepada JPP disokong kementerian dan dipanjangkan oleh KSUS PM kepada MOF untuk kelulusan. Surat kelulusan bertarikh 27 Oktober 2022 selepas Parlimen di bubarkan.

MENGAPA SEMUA MEMBURU MANGKUBUMI?

Dakwaan dan siasatan MYCC di atas melibatkan syarikat Dutamesra Bina Sdn. Bhd., IDX Multi Resources Sdn. Bhd., Mangkubumi Sdn. Bhd., Menang Idaman Sdn. Bhd., Meranti Budiman Sdn. Bhd. Pintas Utama Sdn. Bhd., NYL Corporation Sdn. Bhd. dan Kiara Kilat Sdn. Bhd sebenarnya majoriti syarikat milik Tan Sri Ir Zainudin Karjan atau dibawah kuasanya. 

Mangkubumi hidup dalam semua kerajaan berkuasa.  BN (semua PM BN), PH- Bersatu (Tun M), PN-BN (Tan Sri Muhyiddin), BN-PN (Ismail Sabri) dan PH-BN Plus (Anwar PMX). 

Dilaporkan Mangkubumi menguasai lebih 12 syarikat yang masuk projek rundingan terus atau tender di Kementerian NRES dan KKR. Antara yang terkait ialah IDX Multi Resources Sdn Bhd, Pintas Utama Sdn Bhd, Menuju Asas Sdn Bhd dan banyak lagi. 

 

 Tan Sri Ir Zainudin Karjan berbaju Burberry

Tan Sri Ir Zainudin Karjan dan Mangkubumi sebelum ini banyak dikaitkan dengan Datuk Seri Azeez Rahim bekas MP Baling. Bagaimanapun Zainudin dan Azeez dilaporkan bergaduh besar susulan Azeez Rahim didakwa 12 pertuduhan kes rasuah  dan pengubahan wang haram berjumlah RM144.6 juta, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur januari 2019. Zainudin Mangkubumi menyelamatkan diri sebagai saksi dan Azeez menjadi mangsa pendakwaan. Saksi pendakwaan kes ini ialah Tan Sri Zainuddin pemilik Mangkubumi Sdn Bhd.  Bagaimanapun Dato' Seri Azeez Rahim akhirnya dibebas lepas kes rasuah dan pengubahan wang haram

 

Seperti dijelaskan, Mangkubumi mengkhianati Dato' Seri Azeez selepas itu bertuankan dengan Tan Sri Noh Omar Pengerusi BN dan Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.  Maka projek Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2 Selangor melalui sokongan sebagai Pengerusi BN Selangor digondolnya. SPRM pasti tahu berapa juta wang rasuah diberi Mangkubumi kepada Noh Omar dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Ada beberapa dakwaan akaun berkaitan dengan Tan Sri Noh Omar dibekukan.

Rakyat boleh melihat sendiri penyata kewangan dan maklumat syarikat Mangkubumi Sdn Bhd boleh dilihat di bawah;


Dokumen berkaitan Mangkubumi Sdn Bhd

 

Sumber berkata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bekas Menteri PAS sepatutnya dituduh di mahkamah kerana kes rasuah melibatkan Mangkubumi Sdn Bhd namun nampaknya masih tertangguh atas sebab-sebab tertentu.

Persoalannya bila Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man akan didakwa? Tan Sri Azam Baki sepatutnya bukan saja heret Muhyiddin, Tun Daim, Robert Tan Spanco pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim Tuan Man juga perlu dilakukan. Buat pertuduhan mahkamah, salah atau tidak itu keputusan kemudian.

 

1 Comment