SPRM reman anak menteri besar Perlis menantu Hadi, Anuar SUSK kes rasuah RM600,000
05:04 Apr 25, 2024  |  By SabahKini2
SPRM reman anak menteri besar Perlis menantu Hadi, Anuar SUSK kes rasuah RM600,000

6 tahan direman SPRM. Anak MB Perlis Syafeeq yang juga menantu Presiden PAS Hadi Awang, Anuar SUSK MB dan 4 lagi terdiri daripada kontraktor serta individu rakan sekongkol. Anak MB kadang lupa tentang perangkap jerat projek boleh memakan diri.

Mohd Syafeeq Mohd Shukri anak kepada Menteri Besar Perlis, dan Anuar Abidin Setiausaha Sulit Kanan MB Perlis antara enam individu yang direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Ana Rozana Mohd Nor selepas suspek dibawa ke mahkamah jam 8.45 pagi semalam

"Suspek yang ditahan berusia antara 27 hingga 37 tahun dan dikehendaki membantu siasatan berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik-pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

"Siasatan dipercayai juga menjurus kepada tuntutan palsu terhadap kerja yang tidak dilaksanakan.

"Suspek yang ditahan itu dipercayai berperanan sebagai pemilik syarikat, kontraktor dan penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Menteri Besar Perlis," katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan antara jam 7 hingga 8 pagi semalam Perlis dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Putrajaya, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan berkenaan.

Mohd Syafeeq Mohd Shukri anak MB Perlis berkahwin dengan Ummu Kalthom merupakan menantu Tan Sri Dato’ Seri Hj Abdul Hadi Awang Presiden PAS

SPRM mengintai lama perbuatan rasuah Mohd Syafeeq Mohd Shukri dan Anuar Abidin Setiausaha Sulit MB Perlis susulan aduan kepada SPRM kegiatan mereka di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis.

 

Apa kata MB Perlis

Sementara itu Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok berhubung dakwaan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

"Saya tiada gundah gulana, saya jawab dalam Dewan (Undangan Negeri), itu sahaja setakat ini," katanya ringkas.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan susulan penahanan anaknya berkait kes tuntutan palsu.

"Saya menyerahkan kepada budi bicara SPRM sepenuhnya (dalam siasatan ini), terima kasih," katanya.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan DUN ke-15 semalam.

Tuan Guru Hadi Awang Presiden PAS yang juga bapa mentua Mohd Syafeeq belum membuat apa-apa kenyataan penahanan anak MB Perlis itu.

 

 

1 Comment