Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan
15:04 Apr 25, 2024  |  By SabahKini2
Ketua Menteri Sabah terima kunjungan hormat Menteri Besar Kelantan

Mohd Nassuruddin berada di Sabah sehingga Jumaat bagi menghadiri majlis rasmi di Kota Kinabalu dan ini adalah kunjungan rasmi pertamanya ke Sabah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023.

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud di kediaman rasmi Ketua Menteri, Sri Gaya di sini pada Khamis.

Mohd Nassuruddin berada di Sabah sehingga Jumaat bagi menghadiri majlis rasmi di Kota Kinabalu dan ini adalah kunjungan rasmi pertamanya ke Sabah selepas dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang ke-19 pada 15 Ogos 2023.

Turut hadir ialah isteri Mohd Nassuruddin Datin Wan Nor Hanita Wan Yaacub, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan Asri Mat Daud dan timbalannya Nik Bahrum Nik Abdullah, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Abdul Rahman Yunus dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Bahari Mohamed Nor.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Datuk Juliah Salag, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong dan isteri, Datin Seri Datuk Dr. Nuinda Alias.

1 Comment