Pusat Zakat Sabah terima RM100,000 zakat perniagaan daripada CIS
16:04 Apr 29, 2024  |  By SabahKini2
Pusat Zakat Sabah terima RM100,000 zakat perniagaan daripada CIS

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim yang diserahkan kepada Pusat Zakat Sabah yang diwakili Dahlan Marali yang merupakan Ketua Sektor Operasi dan Wilayah Bahagian Zakat dan Fitrah, MUIS.

KOTA KINABALU: Syarikat Cement Industries (Sabah) Sdn. Bhd. (CIS) menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM100,000 kepada Pusat Zakat Sabah dalam majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri 2024 di sini, kelmarin.

Majlis penyerahan itu disaksikan oleh Pengerusi CIS, Datuk Japlin Akim yang diserahkan kepada Pusat Zakat Sabah yang diwakili Dahlan Marali yang merupakan Ketua Sektor Operasi dan Wilayah Bahagian Zakat dan Fitrah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

Turut hadir menyaksikan penyerahan zakat Timbalan Pengurus Besar Perbadanan Ekonomi Sabah (SEDCO), Azrul Ahmad, Pengurus Besar CIS, Sumardi Mohd Yusof serta kakitangan CIS.

Menurut Japlin, zakat berkenaan adalah antara tanggungjawab CIS dalam menunaikan tuntutan Islam berdasarkan kepada perkembangan dan keuntungan semasa syarikat.

"Diharapkan zakat ini akan dapat dimanfaatkan bagi tujuan membantu para asnaf dan kita berdoa agar perniagaan CIS terus mencapai kejayaan pada masa-masa yang akan datang," katanya.

Comment