SKMM buat laporan polis terhadap Murray Hunter, sepatutnya sekat blog murrayhunter.substack!
08:05 May 02, 2024  |  By SabahKini2
SKMM buat laporan polis terhadap Murray Hunter, sepatutnya sekat blog murrayhunter.substack!

Murray Hunter adalah jurnalis yang obses mengenai Malaysia. Tinggal di Thailand maka berlagaklah dia. SKMM lapor polis mengenai Murray sepatutnya SKMM block saja blog Murrayhunter

Siapa tidak kenal wartawan obsess  kepada Malaysia seperti Murray Hunter? Tahun lalu Sabahkini2 ada menyiarkan sikap obsess Murray Hunter asal Australia tetapi menetap di Thailand ini. Jika dia di Malaysia pasti dia ke lokap di zaman kerajaan Madani sekarang.

ARTIKEL BERKAITAN - An Australian in Thailand who is obsessed with Malaysia

Apa yang Murray tak obsess mengenai Malaysia? Banyak perkara blog Murray tulis mengenai Malaysia,  kementerian, agensi, menteri pemimpin kerajaan dan parti. Anwar PMX juga sasarannya, parti PKR malah agensi seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) jadi bahan kritikannya.

Pada 29 April lalu Suruhanjaya Komunikasi dan Mutimedia Malaysia (SKMM) membuat laporan polis terhadap penulis blog, Murray Hunter yang menuduh suruhanjaya tersebut dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai institusi berlandaskan politik dalam pentadbiran kerajaan sekarang.

SKMM berang dan pihaknya menolak sekeras-kerasnya tohmahan oleh penulis blog berkenaan yang disifatkan sebagai tidak berasas.

“Sebagai sebuah badan berkanun, SKMM melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998), dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah SKMM lagi, segala tindakan penguatkuasaan yang diambil oleh pihaknya mengikut proses dan prosedur ditetapkan sebagaimana termaktub dalam bidang kuasa SKMM sebagai pengawal selia industri komunikasi dan multimedia negara.

Sehubungan itu, dakwa SKMM, penulisan Murray dilihat berunsur fitnah apabila beliau secara terbuka telah menuduh mereka bertindak melangkaui bidang kuasanya untuk kepentingan diri.

Pada masa sama dakwanya, penulis itu turut melemparkan tohmahan bahawa SKMM dan PDRM bertindak menakut-nakutkan masyarakat.

“Penyebaran kandungan tidak benar termasuk dengan niat mengganggu pihak lain adalah satu kesalahan bawah Seksyen 233 AKM 1998.

“Selain itu, tindakan memuat naik kandungan yang memfitnah dan menghina SKMM juga merupakan satu kesalahan," ujarnya.

Kata SKMM lagi, sekiranya Murray mempunyai sebarang aduan terhadap pihaknya, beliau perlu tampil untuk membuat aduan melalui saluran rasmi.

 

PERSOALAN MURRAY

Dengan kritikan keras Murray kepada SKMM dan PDRM mengapa tidak SKMM menyekat saja portal Murray Hunter dibaca di Malaysia? Paling tidak seperti Sabahkini2 juga dapat emel amaran padam artikel atau amaran sekat! 

Sabahkini2 sokong kerajaan dan pernah hentam Murray Hunter pun disekat SKMM pada 19 April lalu. 

Sabahkini2 disekat SKMM sejak 2019 dengan URL Sabahkini2.com, Sabahkini2.net dan kini Sabahkini2.org. Bermakna 3 kali Sabahkini2 disekat. Sekalipun tidak pernah menyerang atau mengecam SKMM. Apakah  URL baharu ini Sabahkini2 ini akan disekat?

Jika SKMM sangat mudah menyekat Sabahkini2 mengapa tidak SKMM sekat blog Murray Hunter https://murrayhunter.substack.com/. SKMM beri saja  Notis Tindakan Sekatan Laman Sesawang Di Bawah Seksyen 263 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) sebagaimana orang lain dapat. Hantar notis yang biasa diberi kepada pihak lain. Tidak begitu?

 

 

1 Comment