Azmin Berang, 6 Budaknya Ditahan SPRM Kes Rasuah Tanah Ijok
17:03 Mar 20, 2018  |  By SabahKini2
Azmin Berang, 6 Budaknya Ditahan SPRM Kes Rasuah Tanah Ijok

mereka yang ditangkap termasuklah pemilik-pemilik dua syarikat "kroni", serta pemilik dan kakitangan pentadbiran kepada sebuah firma perunding yang bertindak selaku pihak ketiga dalam urusan tersebut, yang dipercayai telah menerima sekurang-kurangnya RM2

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan enam orang pada Selasa (20 Mac) dalam satu operasi besar-besaran berkaitan dengan skandal perjanjian tanah Ijok. Dua daripadanya bergelar Datuk. 

Sumber yang biasa dengan siasatan itu berkata mereka yang ditangkap termasuklah pemilik-pemilik dua syarikat "kroni", serta pemilik dan kakitangan pentadbiran kepada sebuah firma perunding yang bertindak selaku pihak ketiga dalam urusan tersebut, yang dipercayai telah menerima sekurang-kurangnya RM260 juta daripada jumlah pembayaran sebanyak RM1.18 bilion yang dibuat untuk plot tanah di Ijok.

Sekurang-kurangnya lima syarikat terlibat dalam operasi tersebut.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata siasatan SPRM merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.

Beliau berkata, SPRM turut merampas beberapa dokumen penting daripada tiga syarikat berkaitan bagi membantu siasatan.

"SPRM juga sedang mengesan seorang lagi pengarah syarikat bergelar Datuk, yang dipercayai berada di luar negara.

"Pasukan penyiasat juga telah membeku sembilan akaun peribadi dan syarikat bernilai RM39 juta milik semua suspek yang ditahan bagi membantu siasatan," katanya.

Menurut laporan, tanah di Ijok, Selangor telah diberikan kepada peneroka lebih daripada 20 tahun yang lalu menerusi program di bawah kerajaan negeri dengan tujuan untuk membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

Dua syarikat pemaju (LBCN Development Sdn Bhd dan Mujur Zaman Sdn Bhd) telah membangunkan tanah itu bagi pihak peneroka pada tahun 1998, namun gagal untuk membina rumah dan juga gagal membayar peneroka seperti yang dijanjikan yang mana setiap daripada peneroka itu masing-masing sepatutnya menerima bayaran sebanyak RM180,000.

Pada 2009, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim merampas tanah itu daripada pemaju dan kemudian kedua-dua syarikat itu telah menyeret kerajaan negeri ke mahkamah, namun kemudian mereka kalah dalam kes terbabit.

Ekoran daripada itu, pihak pemaju seterusnya telah membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2016 Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali pula telah memfailkan satu perjanjian bagi menyelesaikan pertikaian dan kemudian memulangkan tanah tersebut kepada pemaju.

Tanah itu kemudiannya dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM1.18 bilion.

Seramai 981 peneroka itu juga kemudiannya menerima bayaran sebanyak RM180,000 dan diberikan sebuah rumah bernilai kira-kira RM400,000 setiap seorang oleh pihak ketiga tersebut.

Comment