Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato Ahmad Badli Shah bagi membincangkan inisiatif memperkukuhkan sektor pertanian Sabah.
KOTA KINABALU: Agrobank telah menyalurkan pembiayaan sejumlah RM2.5 bilion sejak 2019 sehingga 2023 yang memanfaatkan usahawan-usahawan dalam sektor utama iaitu pertanian, perikanan dan penternakan di Sabah bagi merialisasikan agenda hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Agrobank telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan inisiatif dan impak Agrobank dalam memperkukuhkan sektor pertanian di negeri ini terutamanya di kawasan luar bandar.
Inisiatif-inisiatif yang dianjurkan oleh Agrobank adalah selaras dengan agenda SMJ yang memfokuskan kepada pertumbuhan ekonomi bertunjangkan sektor utama, khususnya sektor pertanian bagi mengoptimumkan sumber, hasil negara, membangunkan modal insan, memakmurkan negeri dan masyarakat di Sabah.
Menurut Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Dato’ Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, dengan pembiayaan sedia ada, Agrobank akan terus menyokong pembangunan ekonomi Sabah terutamanya dalam merialisasikan agenda hala tuju SMJ.
“Inisiatif-inisiatif yang dianjurkan oleh Agrobank di Sabah juga merupakan manifestasi mandat kami untuk terus komited dalam menyediakan akses perbankan yang inklusif, meliputi komuniti di luar bandar dalam usaha mempergiat ekonomi dan menaik taraf hidup di samping membuka peluang pekerjaan kepada lokaliti setempat," katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.
Agrobank bekerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Kementerian Pertanian Negeri, Kementerian Perladangan dan Komoditi, serta Persatuan-Persatuan Penjaja/Peniaga dalam mendapatkan prospek pelanggan pembiayaan untuk pelbagai jenis dana dibawah selian Agrobank.
Antara inisiatif-inisatif Agrobank untuk komuniti Sabah adalah, Program Financing kerjasama bank dengan Aqina Borneo Sdn Bhd-projek ladang kontrak tanaman nanas MD2 di Beaufort. Peruntukan keseluruhan sebanyak RM6 juta.
Dana 'start up' bagi golongan B40 PEMULIH NEWBIZ setakat Disember 2023 RM0.60 juta.
Pembiayaan khusus utk usahawan wanita (Agro TERAS Nisaa) sehingga Disember 2023 RM1.09 juta serta Program Pembangunan Asnaf dan Usahawan Asnaf.