Skandal Perbankan: Bagaimana dua pengurus cawangan MBSB Bank Kota Kinabalu dalang curi RM24.2 Juta wang pelanggan?
21:06 Jun 23, 2024  |  By SabahKini2
Skandal Perbankan: Bagaimana dua pengurus cawangan MBSB Bank Kota Kinabalu dalang curi RM24.2 Juta wang pelanggan?

RM24.2 juta wang pelanggan lesap. Bagaimana dua pengurus cawangan jadi dalang sindiket keluarkan wang? Insiden kecurian ini menunjukkan betapa rapuhnya sistem MBSB Bank.

Seperti sebuah cerita filem terkenal Ocean's Thirteen 2007 dibintangi pelakon terkenal  George Clooney, Brad Pitt, Matt Damon, Andy García dan beberapa pelakon popular melakukan rompakan terancang nampaknya dalam realiti di Malaysia juga berlaku. Terbaru kecoh kehilangan wang dalam akaun bank dilakukan oleh pegawai bank sendiri.

Polis telah menangkap 14 orang – termasuk 4 pegawai bank, seorang penjawat awam dan ahli sindiket – berhubung kes kehilangan wang berjumlah RM24.2 juta ($6.94 juta) daripada beberapa akaun MBSB Bank Berhad (MBSB Bank) di  Kota Kinabalu Sabah

Rangkaian pasukan mencuri wang MBSB Bank

Apa sudah jadi kepada MBSB Bank Berhad cawangan Sabah? Kecurian teruk wang pelanggan MBSB Bank. Apa kesan kepada MBSB yang dimiliki KWSP susulan insiden pegawainya bersekongkol dengan pihak luar melakukan jenayah kewangan? Bukan sedikit wang hilang iaitu RM24.2 juta! Ini memberi persepsi MBSB Bank tidak selamat untuk pelanggan.

Lebih memalukan  ia berlaku di MBSB Bank di Wilayah Sabah. Bagaimana dua Branch Manager boleh bersekongkol mencuri wang pelanggan? Christina Caroline Pianus di Branch Manager MBSB Kota Kinabalu (Penampang) dan Iren Chin Nyuk Thien Branch Manager MBSB Alamesra.

Seorang lelaki bergelar Datuk iaitu Dato’ Ahmad Razali Amir pemilik syarikar DAR Holidays Sdn Bhd turut direman.

Seorang pegawai bank bernama Amirul merupakan bekas wartawan TV Sarawak berpengkalan di Sabah yang bertunang dengan seorang pegawai Kementerian Kewangan Sabah. Dilaporkan Amirul banyak menjual data pelanggan  kepada sindiket dan 'Scammer'. Dikalangan pengamal media kekayaan tiba-tibanya sangat meragukan. Amirul juga memindahkan wang hasil curinya ke akaun tunangnya yang seorang penjawat awam di Sabah. Tunangnya turut direman sebagai rakan subahat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf sebelum ini mengesahkan individu yang ditangkap berusia antara 30-an tahun hingga 50-an tahun, ditangkap dari 13 hingga 21 Jun.

Daripada 14 yang ditahan, 13 tangkapan dilakukan di Sabah dan seorang ditahan di Perlis.

“Empat daripada mereka yang ditahan adalah kakitangan bank.

“Setakat ini seorang suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berhubung kes pecah amanah pada 2011.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan penipuan.

“Selain memberi fokus pada siasatan, usaha mendapatkan kembali wang yang dilaporkan hilang turut dilakukan,” katanya,

Sumber berkata daripada RM24.2 juta yang dicuri beberapa juta telah berjaya diambil semula dan masih banyak baki wang perlu dikembalikan


Barangan yang dirampas

Pada 15 Jun, JSJK memaklumkan dalam satu kenyataan penahanan seorang pegawai wanita sebuah bank di Kota Kinabalu, Sabah, berhubung kes kehilangan wang daripada akaun simpanan pelanggan bank berjumlah RM24.2 juta pada 13 Jun.

Sehari kemudian JSJK menahan seorang lelaki yang dipercayai mendalangi sindiket terbabit dalam kejadian itu. Ini disusuli beberapa tangkapan lain hingga 18 Jun.

Datuk Ramli berkata siasatan awal polis mendedahkan pembabitan ahli sindiket dari dalam dan luar bank yang bersekongkol bagi urusan pengeluaran wang berkaitan memandangkan ia hanya boleh dilakukan dengan “bantuan” dalaman bank.

Arahan Bank Negara

Susulan insiden ini Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataannya memandang serius semua laporan berkaitan pengeluaran wang tunai tidak sah secara besar-besaran yang membabitkan pekerja institusi kewangan dan pihak luar.

Menurut BNM semua pemegang akaun yang terjejas dalam kes kehilangan wang daripada beberapa akaun simpanan tetap membabitkan kerugian berjumlah RM24.2 juta perlu mendapat bayaran balik dengan segera.

“Integriti individu yang bekerja dengan institusi kewangan adalah perkara penting.

BNM menegaskan bahawa semua institusi kewangan perlu melaksanakan kawalan yang kukuh untuk melindungi dana pelanggan serta integriti sistem kewangan.

“Ini termasuk sebagai contoh, keperluan untuk institusi kewangan menguatkuasakan kod etika yang kukuh.

“Institusi kewangan juga perlu menjalankan pemeriksaan menyeluruh dan saringan terhadap bakal pekerja sebelum menerima mereka untuk berkhidmat,” katanya.

Malah, BNM berkata individu yang mempunyai rekod kesalahan serta tidak jujur adalah dilarang daripada berkhidmat dengan mana-mana institusi kewangan.

Bank pusat itu turut mengingatkan mana-mana institusi yang terbabit dalam siasatan berkaitan untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan bertindak mengambil tindakan tatatertib yang tegas berdasarkan hasil siasatan dalaman.

 

Apa tindakan MBSB Bank arahan BNM?

Apakah MBSB Bank akan bertindak? Apakah MBSB Bank pusat akan membayar RM24.2 juta yang hilang kepada pelanggan? rakyat sebenarnya tidak tahu bank apa yang terlibat maka dengan pendedahan terhadap MBSB Bank maka rakyat kini tahu pegawai MBSB Bank Sabah tidak jujur. Jika dua pengurus bank cawangan boleh keluarkan RM24.2 juta apakah mungkin cawangan lain juga boleh melakukannya? 

Semakan Bursa Malaysia nampaknya tiada kenyataan media berkaitan isu pencuri RM24.2 juta MBSB Bank. Kali ini kecurangan MBSB Bank cawangan tidak boleh disorok lagi. MBSB Bank perlu menunjukkan tindakan tegas mereka untuk dapat kepercayaan rakyat.

Skandal ini pasti  memberi kesan kepada kepercayaan pelanggan terhadap MBSB Bank khususnya dan sistem perbankan di Malaysia secara amnya.

 

Setakat iini tiada apa-apa kenyataan daripada Pengerusi dan CEO MBSB. Ini bermakna MBSB Bank bersembunyi tidak mahu pemegang akaunnya panik dan mengeluarkan wang susulan dua pengurus cawangannya salahguna kuasa dan pecah amanah.

Semakan menunjukkan pemegang saham terbesar MBSB Bank ialah KWSP dan PNB GLC kerajaan. Pemegang saham lain ialah syarikat Yahudi seperti Vanguard dan JP Morgan. Apakah isu wang lesap lebih RM24.2 juta akan membahayakan MBSB?

 

 

22 Comments