Sukarelawan beridolakan ‘Anwar Ibrahim’ Liwat Pelajar Tahfiz Didakwa
20:03 Mar 22, 2018  |  By SabahKini2
Sukarelawan beridolakan ‘Anwar Ibrahim’ Liwat Pelajar Tahfiz Didakwa

Gara-gara beridolakan Anwar Ibrahim sukarelawan jadi peliwat.

KUANTAN: Seorang lelaki yang mengidolakan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 38 pertuduhan meliwat enam pelajar dan melakukan gangguan seksual membabitkan empat pelajar sebuah maahad tahfiz di Bukit Bay Route di sini, sejak tahun lalu.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh yang juga sukarelawan di maahad tahfiz berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu sejak Julai 2017 dan kejadian terakhir ialah pada Februari lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 10 pelajar pusat tahfiz berkenaan berusia antara 12 dan 17 tahun di dua alamat iaitu di pusat tahfiz berkenaan dan di kediamannya di Taman Selamat, Teluk Sisik di sini.Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan jika bersalah boleh dihukum penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta sebatan bagi setiap tuduhan.

Lelaki itu turut didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 dan berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sebelum ini, media melaporkan, suspek yang juga sukarelawan di maahad tahfiz itu ditahan polis selepas pihak pengurusan maahad membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, pada 12 Mac.

Kejadian itu dipercayai berlaku sejak Ogos tahun lalu namun terbongkar selepas seorang tenaga pengajar di situ melihat suspek cuba masuk ke dalam selimut salah seorang mangsa yang sedang tidur di asrama berkenaan bulan lalu.

1 Comment