Tiga PPS ditutup susulan banjir telah reda
16:07 Jul 03, 2024  |  By SabahKini2
Tiga PPS ditutup susulan banjir telah reda

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan hanya 272 mangsa banjir daripada 90 keluarga berada di PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

KOTA KINABALU: Sebahagian besar kawasan yang dilanda banjir di negeri ini semakin pulih dan tiga daripada empat pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup petang Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan hanya 272 mangsa banjir daripada 90 keluarga berada di PPS Dewan Kebudayaan Penampang.

“Tiga daripada PPS yang diaktifkan di daerah terjejas banjir di Sabah sudah ditutup iaitu Dewan Sri Putatan, Dewan Balai Raya Kampung Tutu Selupoh dan Dewan Balai Raya Kampung Bontoi Tamparuli.

“Kesemua PPS ditutup bermula jam 2 hingga 3 petang dan semua mangsa banjir dibenar pulang ke rumah masing-masing,” katanya.

Sebelum ini kesemua PPS terbabit mencatatkan seramai 503 mangsa banjir daripada 145 keluarga.

Comment