Shafie dan pemimpin Warisan melalak mengenai tuntutan hasil 40 peratus dan Pemberian Khas Sabah Perkara 112D. Mereka kata pengkhianat tetapi surat oktober 2019 buktikan Warisan setuju terima Pemberian Khas Sabah hanya RM53.4 juta.
Meludah ke langit terkena muka sendiri. Shafie Apdal dan Warisan dimalukan dengan isu pengurusan pinjaman SD Bank dan Sukuk SMJE RM900 juta. Bukti mendedahkan pemerintahan Warisan dari Mei 2018 hingga September 2020 menunjukkan betapa buruknya pengurusan Sahfie Apdal menguruskan hutang.
ARTIKEL BERKAITAN- SD Bank: Terbongkar Shafie luluskan Sukuk RM10B, lupus RM178 juta hutang CASH Bhd milik Datuk Ambrose Lee, peminjam NPL diberi hutang baru!
Terbaru mengenai isu Hak 40 peratus hasil Sabah dan pemberian khas bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum ini isu pemberian khas perkara 112D dan hasil 40 peratus sering menjadi bahan kempen Warisan memburukkan kerajaan negeri kononnya tunduk kepada kerajaan Persekutuan.
Kalau melihat kepada video-video ucapan Datuk Seri Shafie Apdal Presiden Warisan, Datuk Azis Jamman, Isnaraissah Munirah Majilis dan beberapa lagi pemimpin Warisan seakan mereka lupa apa yang mereka lakukan ketika berkuasa menjadi kerajaan.
Hakikatnya fakta yang jelas semua kerajaan sebelum ini BN, PH, PN dan Warisan gagal mendapat tuntutan penuh hasil 40 peratus itu. Apa yang berlaku sekarang ialah penambahbaikan dari masa ke semasa tuntutan penuh dan pemberian geran khas secara interim.
Shafie Apdal dan pemimpin Warisan tidak jemu memburukkan kerajaan GRS kononnya pemberian geran khas 112D melanggar perlembagaan negara dan satu pengkhianatam.
Namun surat Datuk Bahari Hj Hassan SUT Kementerian Kewangan Sabah kesayangan Shafie Apdal asal Semporna telah mengutus surat kepada Ketua Setiausaha Perbendaharaan mengenai PERSETUJUAN KABINET SHAFIE APDAL menerima PEMBERIAN KHAS DI BAWAH PERKARA 112D PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. Surat bertarikh 18 Oktober 2019 rujukan KEW (S) 100-27/156 Jld.6 (55) membuktikan hikpokrasi Shafie Apdal, kabinet dan Kerajaan Warisan pimpinannya.
Shafie berterima kasih dengan pengumuman Lim Geng Eng
Menteri Kewangan. Mmun gagal dapat lebih banyak
Dalam surat itu Kerajaan Warisan memberi ucapan ribuan terima kasih di atas peningkatkan peruntukan Pemberian Khas Sabah daripada RM26.7 juta kepada RM53.4 juta walaupun kecil berbanding dengan amaun yang dituntut mengikut Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan. Datuk Bahari Hassan dengan penuh rendah diri menyampaikan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri Sabah yang telah diadakan pada 16 Oktober 2019 bersetuju untuk menerima cadangan amaun Pemberian Khas baharu kepada Negeri Sabah bagi tempoh lima tahun mulai tahun 2020 hingga 2024. Mereka juga merayu pertimbangan kadar kenaikan dan amaun Pemberian Khas negeri Sabah selain mendapatkan formula pengiraan yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dalam menentukan amaun Pemberian Khas baharu kepada Kerajaan Negeri Sabah.
Apa maksud bersetuju? maknanya menerima dan akur keputusan kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir ketika itu.
Datuk Bahari Hassan SUT MOF kesayangan Shafie Apdal tak kan sangat bodoh membuat surat SETUJU jika tidak diarahkan bosnya Shafie Apdal Menteri Kewangan yang juga Ketua Menteri Sabah. Siapa Bahari Hassan SUT? boleh klik artikel dan video hipokrasi Shafie Apdal.
Apa asas penerimaan Shafie dan Kabinet Sabah menerima RM53.4 juta tahun 2019?
Jika Shafie Apdal, pemimpin Warisan dan Madius Tangau yang lantang mempersoalkan warta pemberian khas apa pula sebenarnya asas mereka menerima kenaikan RM53.4 juta itu sebagaimana surat di atas?
Malah Kerajaan Warisan menerima dan merayu agar menambah lagi jumlah pada masa depan. Mereka juga bertanya formula MOF bagi hasil 40 peratus serta pemberian khas dan hari ini perkara sama dilakukan oleh kerajaan GRS mendapatkan maklumat itu.
Apa yang Kerajaan GRS lakukan untuk Pemberian Khas?
Pada 14 Februari 2022, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah telah mencapai persetujuan secara interim untuk menaikkan amaun pemberian khas baharu kepada RM125.6 juta bagi tahun 2022 melalui pewartaan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian Khas Di Bawah Perkara 112D)(NegeriSabah)2022[P.U.(A)119/2022] bertarikh 20 April 2022 untuk tempoh 5 tahun.
Seterusnya,kadar amaun pemberian khas baharu untuk Sabah dinaikkan kepada RM300 juta bagi tahun 2023 melalui pewartaan Perintah Perlembagaan Persekutuan (Kajian Semula Pemberian KhasDi Bawah Perkara 112D)(Negeri Sabah) 2023 [P.U.(A) 364/2024] pada24 November 2023.Pembayaran keseluruhan pemberian khas pada tahun 2023 telah disempurnakan melalui penyaluran kepada pihak Sabah pada 28 November 2023.
Ini yang pernah dibangkitkan oleh Datuk Armizan Mohd. Ali bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas sebelum ini pada 30 November 2023. Datuk Armizan berkata, pemberian khas adalah merupakan pengaturan interim (interim arrangement) sebagaimana yang diperjelaskan dalam kenyataan media Perdana Menteri sebelum ini.
Katanya warta boleh dipinda pada bila-bila masa sebaik persetujuan baharu dicapai di antara ketiga-tiga peringkat kerajaan (Pusat, Sabah dan Sarawak).
“Di samping menuntut penjelasan tentang asas kadar baharu tersebut, saya fikir YB Tuaran (Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau) juga mempunyai kewajiban untuk membuat penjelasan bagaimana Kerajaan Negeri pimpinan Warisan pada tahun 2019 telah membuat persetujuan rasmi untuk kadar kenaikan yang jauh lebih rendah iaitu hanya RM53.4 juta sahaja, berbanding RM300 juta yang baru diwartakan.
“Pada masa itu, warta dalam proses dikeluarkan tetapi tidak selesai sepenuhnya apabila Kerajaan Warisan terpaksa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah setelah majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak menyokong kepimpinan Ketua Menteri (KM), Datuk Seri Panglima Shafie Apdal,” katanya
Kerajaan Persekutuan melalui platform MTPMA63 dilaporkan terus merundingkan kadar Pemberian Khas baharu kepada negeri Sabah selaras dengan Perkara 112D PP dengan mengambil kira kos perkhidmatan negeri dan kemampuan kewangan semasa Kerajaan Persekutuan.
TUNTUTAN HASIL 40 PERATUS & PENINGKATAN PEMBERIAN KHAS
Hakikatnya kenaikan dalam Geran Khas Kerajaan Persekutuan untuk Sabah ketika ini adalah peningkatan dan tawaran yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Kerajaan Negeri tidak pernah menggugurkan satupun malah akan terus menuntut dan berusaha untuk mendapatkan semua hak-hak Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), termasuk hak untuk mendapat 40 peratus daripada pungutan hasil cukai oleh Kerajaan Persekutuan di Sabah.
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor bertegas walau apa pun yang dikatakan di peringkat Persekutuan, ini menjadi asas kepada tuntutan Sabah dalam MA63.
“Saya ingin memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan terus menuntut, berusaha untuk mendapatkan 40 peratus kutipan cukai daripada Sabah. Itu pendirian kita,” katanya semasa menggulung untuk Kementerian Kewangan dan Jabatan Ketua Menteri di persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
Begitu juga dengan tuntutan pelbagai pihak untuk membuat semakan kehakiman termasuk SLS perbicaraan tidak ada kena mengena sama ada Sabah layak atau tidak mendapat Geran Khas 40 peratus. Walaupun SLS kalah atau sesiapa pihak membawanya keputusan itu tidak akan berubah atau menjejaskan hak Sabah untuk Pemberian Khas 40 peratus. Orang Sabah kata ‘TATAP DAPAT!’
Sepatutnya tidak timbul isu Kerajaan Sabah tidak berjuang mendapatkan 40 peratus hasil Sabah kerana perkara ini telah dijelaskan kerajaan sebelum ini. Malah dalam Sidang DUN Sabah Datuk Seri Masidi Manjun Menteri Kewangan Sabah berkata usaha tuntutan telah dibuat dan kini tempoh masa itu sehingga penghujung julai sejajar dengan jawatankuasa di Pengerusikan Dato' Seri Fadillah TPM II. Jika tuntutan itu belum selesai maka pada selepas Julai Kerajaan Sabah boleh memulakan untuk melantik penafsir bebas mendesak tuntutan hasil 40 peratus itu. Video ucapan Datuk Seri Masidi juga jelas!
[ARTIKEL BERKAITAN- [VIDEO] Pemberian khas RM300 juta hanya penyelesaian interim, tidak hapuskan tuntutan 40 peratus hasil Sabah, Sarawak