Mahathir Terlalu Tua Jadi PM!
18:03 Mar 24, 2018  |  By SabahKini2
Mahathir Terlalu Tua Jadi PM!

Dulu Mahathir mengata Anwar terlalu tua. Kini beliau pula cadangan PM terlalu tua. Cuba lihat VIDEO Mahathir terbatuk-batuk menakutkan!

APAKAH MAHATHIR TERLALU TUA UNTUK JADI PM?

10 kayu ukur bagi menilai kemampuan Tun Dr Mahathir ini, iaitu membabitkan aspek-aspek berikut:-

LEGAL

Mahathir mampu kerana, berbanding di Iran yang menetapkan 75 tahun sebagai usia maksimum calon Ahli Parlimen, Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan tidak menetapkan usia maksimum tetapi hanya menetapkan usia minimum, iaitu 21 tahun.


PHYSICAL

Mahathir tidak mampu berdasarkan kepada fakta bahawasanya;

▪Beliau telah dua kali menjalani pembedahan pintasan jantung. Yang pertama pada 24 Januari 1989 dan kedua pada 4 September 2007

▪Beliau telah tiga kali gagal hadir berceramah dalam tempoh empat bulan terakhir, iaitu:-

1. Di Ipoh pada 3 Disember 2017
2. Di Bentong pada 10 Februari 2018 dan
3. Di Pulau Pinang pada 11 Mac 2018;

dan beliau telah mengalami batuk teruk ketika berceramah di Tanjung Malim pada 16 Mac 2018.

 

GENETICAL

Mahathir tidak mampu kerana:-

▪Jangka hayat lelaki Malaysia ialah 72.7 tahun; dan

▪Purata tempoh hayat adik-beradik beliau yang lebih rendah berbanding beliau, iaitu;

1. Mashahor yang meninggal dunia sewaktu berusia 79 tahun pada 30 September 2002
2. Mahadi yang meninggal dunia sewaktu berusia 86 tahun pada 12 Disember 2000
3. Habshah yang meninggal dunia sewaktu berusia 89 tahun pada 6 Disember 2006
4. Rafeah yang meninggal dunia sewaktu berusia 94 tahun pada 1 September 2009.


MENTAL

Mahathir tidak mampu berdasarkan kepada fakta mengenai penurunan kemampuan kognitif beliau yang kelihatan jelas di dalam dialog bersama cendekiawan Melayu pada 25 Julai 2017 dan sidang media Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 20 Disember 2017.


PSYCHOLOGICAL

Mahathir tidak mampu berdasarkan fakta mengenai ketidaksediaan awal beliau untuk menjadi Perdana Menteri membabitkan yang berikut:-

▪Kenyataan beliau di University of London pada 21 September 2016 bahawa Tan Sri Muhyiddin adalah calon Perdana Menteri beliau

▪Kenyataan beliau di Tasek Gelugor pada 23 April 2017 bahawa beliau sudah terlalu tua, dan

▪Pendedahan Wan Saiful dalam Channel News Asia pada 6 Disember 2017 yang menyatakan bahawa Tun Dr Mahathir tidak mahu bertanding


MORAL

Mahathir tidak mampu memandangkan yang beliau sebelum ini sering mencemuh tokoh politik yang lebih muda daripada beliau sebagai 'terlalu tua untuk menjawat jawatan tinggi kerajaan', misalnya:-

▪Kritikan beliau terhadap almarhum Nik Aziz pada 30 Oktober 2009 dan 27 April 2013, serta

▪Kritikan beliau terhadap Anwar Ibrahim dalam 'The Australian' pada 11 April 2016, yang menyebut betapa beliau sendiri sedar beliau tidak mampu terus menjadi Perdana Menteri pada usia 80 tahun


DEMOGRAPHICAL

Mahathir tidak mampu kerana:-

▪Penduduk Malaysia yang berusia 65 tahun ke atas hanya berjumlah 6.2% berbanding dengan penduduk Malaysia yang berusia 15-64 tahun yang berjumlah 69.7%

▪Trend dunia yang menyaksikan kemunculan semakin ramai pemimpin muda seperti;

1. Justin Trudeau yang berusia 44 tahun sewaktu menjadi Perdana Menteri Kanada pada 4 November 2015
2. Emmanuel Macron yang berusia 40 tahun sewaktu menjadi Presiden Perancis pada 14 Mei 2017, dan
3. Sebastian Kurz yang berusia 31 tahun sewaktu menjadi Canselor Austria pada 13 Disember 2017


INTELLECTUAL

Mahathir tidak akan mampu untuk jadi Perdana Menteri yang baik kerana beliau tidak akan mampu menguasai Pakatan Harapan serta hanya akan menjadi boneka kepada para pemimpin lain disebabkan dominasi DAP dan disebabkan Perjanjian Pakatan Harapan yang mensyaratkan supaya setiap pembuatan keputusan mestilah dibuat secara konsensus. Terdapat banyak perkara utama yang terkandung di dalam Manifesto Pakatan Harapan menjadi contoh ketidak mampuan intelektual beliau.


PHILOSOPHICAL

Mahathir tidak mampu dengan bersandar pada fakta mengenai bagaimana Manifesto Pakatan Harapan menjanjikan pelbagai bentuk perubahan sedangkan perubahan adalah sesuatu yang boleh memberi tekanan dan biasanya dikaitkan dengan golongan muda, berbanding golongan tua yang biasanya dikaitkan dengan kestabilan.


SPIRITUAL

Mahathir tidak mampu, merujuk kepada peringatan ALLAH mengenai kelemahan manusia pada usia tua seperti yang terkandung di dalam:-

▪Ayat 68 Surah Yaasin
▪Ayat 5 Surah al-Hajj
▪Ayat 54 Surah al-Rum dan
▪Ayat 70 Surah al-Nahl

(Kredit buat Dr Kamarul Yusoff)

29 Comments