Rafidah dan Skandal Raja AP Kaut Untung Ratusan Juta. Lupakah Rafidah?
00:03 Mar 25, 2018  |  By SabahKini2
Rafidah dan Skandal Raja AP Kaut Untung Ratusan Juta. Lupakah Rafidah?

Skandal Raja AP apabila TS Nasimuddin SM Amin, TS Syed Azman Syed Ibrahim (bekas pegawai MITI) dan DS Mohd Haniff Abdul Aziz (bekas pegawai MITI). 33,218 AP (kira-kira 50.1% dari jumlah keseluruhan 66,277) pada 2004; dan 28,283 AP (bersamaan 41% dari juml

TS Rafidah Aziz adalah pemimpin Wanita Umno yang paling rapat dengan Tun M ketika beliau menjadi PM ke4. TS Rafidah di beri kepercayaan memegang portfolio terpenting di era Mahathir (era emas 90an) sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

MITI terlalu penting ketika itu kerana Malaysia sedang menikmati faedah dari kebanjiran FDI dari Jepun, Korea Selatan dan Taiwan ekoran peningkatan kadar matawang Yen yang naik sekali ganda berbanding Dollar US.

TS Rafidah pernah kalah mengejut di tangan Dr Siti Zaharah Sulaiman dalam pemilihan Ketua Wanita Umno Malaysia 1996. Walaupun kalah, Tun M masih mengekalkan beliau sebagai Menteri MITI, sementara Dr Siti Zaharah yang lebih pro TPM DS Anwar Ibrahim hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri Kesihatan.

TS Rafidah dengan sokongan Tun M telah berjaya merampas kembali jawatan tersebut dalam pemilihan 2000 dengan kelebihan 12 undi. Namun TS Rafidah akhirnya tewas ditangan TS Shahrizat Abd Jalil dalam pemilihan 2009 dengan jarak undi yang besar (507 berbanding 208). TS Rafidah tidak pernah mencabar lagi selepas itu.

Hubungan baik TS Rafidah dengan Tun M tercalar di era Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Tun M sebagai penasihat Proton pada 2006 mendakwa AP disalahgunakan hingga membolehkan kereta import diisytiharkan lebih rendah daripada nilai sebenar dan dengan demikian dibawa masuk dengan murah dan mewujudkan persaingan yang tidak adil bagi Proton. TS Rafidah walau bagaimanapun mempertahankan AP dengan menyalahkan Proton yang tidak memperlihatkan prestasi yang baik dalam pasaran seberang laut.

Habislah. Sudah jolok sarang tebuan.

Berang dengan kenyataan TS Rafidah, Tun M telah bertindakbalas hingga PMO terpaksa keluarkan senarai pertama penerima AP. Maka meletuplah skandal Raja AP apabila TS Nasimuddin SM Amin, TS Syed Azman Syed Ibrahim (bekas pegawai MITI) dan DS Mohd Haniff Abdul Aziz (bekas pegawai MITI) didapati telah menerima:

1. 33,218 AP (kira-kira 50.1% dari jumlah keseluruhan 66,277) pada 2004; dan

2. 28,283 AP (bersamaan 41% dari jumlah keseluruhan 68,330) pada 2005.

Berdasarkan anggaran nilai biasa RM30,000 untuk setiap AP, ianya membawa kepada nilai keuntungan RM996 juta untuk 2004 dan RM848 juta untuk 2005.

Tun Abdullah walau bagaimanapun mengekalkan TS Rafidah dalam rombakan kabinet 2006 dengan mengambilkira pengalamannya yang masih diperlukan di MITI pada ketika itu. Tun M tidak gembira dengan keputusan Tun Abdullah hingga memaksa beliau menggugurkan TS Rafidah dalam rombakan kabinet 2008.

TS Rafidah terus kekal pertahankan kepimpinan kerajaan BN walaupun tidak lagi berada dalam kabinet sehinggalah beliau tidak lagi tercalon untuk kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada PRU13.

Berakhirnya kerjaya TS Rafidah dalam politik telah membuka lembaran baru apabila buat pertama kalinya telah memgkritik PM ke 6, DS Najib Razak. TS Rafidah selama ini terkenal dengan sikapnya yang akan bermati-matian mempertahankan PM termasuk Tun Abdullah ketika diserang oleh Tun M.

Jika Tun M telah mengakui silap memecat dan memenjarakan DS Anwar Ibrahim pada 1998 serta menyalahkan PDRM di atas keputusan tersebut, mengakui silap melabel DAP parti rasis selama berpuluh tahun dan hanya sedar apabila kembali menjadi calon PM ke7 Pakatan Harapan, saya TIDAK AKAN TERKEJUT jika Tun M akan merasa bersalah menghentam pemberian berpuluh ribu AP bernilai berbillion RM sementelah Proton bukan lagi kepentingannya dan memohon maaf kepada TS Rafidah kerana digugurkan dalam rombakan kabinet 2008.

Jika Tun M boleh menjadi PM pada usia 93. mengapa pula TS Rafidah tidak boleh menjadi Menteri MITI pada usia 75.

Anina Saadudin
EMPIRICAL MALAYSIA

3 Comments