10 Fakta Penting Perbicaraan Kes Rasuah Banglo Lim Guan Eng
11:03 Mar 26, 2018  |  By SabahKini2
10 Fakta Penting Perbicaraan Kes Rasuah Banglo Lim Guan Eng

Rakyat Pulau Pinang perlu ingat fakta muda kes Lim Guan Eng. Simpan sehingga PRU14 dan jangan undi LGE

Fakta-fakta penting Guan Eng.

1. Kes ini menyerupai kes Khir Toyo jadi tiada ruang untuk DAP mempersoalkannya.

2. Guan Eng didakwa pada 1 Julai 2016 – lebih kurang 20 bulan yang lalu atas tuduhan pembelian banglo pada kos RM 276/kaki persegi daripada seorang yang dituduh mempunyai kaitan dengan urusan hartanah kerajaan negeri. RM 275 untuk setiap kaki persegi adalah terlalu murah jika dibandingkan dengan harga rumah mampu milik Kerajaan Negeri yang mencecah hampir RM 400/kaki persegi.

3. Kes tersebut hanya akan dibicarakan secara rasmi mulai 26 Mac 2016 kerana Guan Eng terus mencabar tindakan SPRM sebagai tidak mengikut perlembagaan yang menyebabkan penangguhan bagi sesi pendengaran kes terbabit.

4. Tindakan terbabit diteruskan - sehingga ke Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan juga Mahkamah Persekutuan. Akhirnya, Guan Eng tewas dan mahkamah membuat keputusan bahawa tindakan SPRM terbabit sah mengikut perlembagaan. Maka, individu yang harus dipertanggungjawabkan bagi kesalahan melewatkan tarikh perbicaraan hanyalah Guan Eng sendiri.

5. Guan Eng seharusnya gembira kerana perbicaraan kes terbabit sudah bermula. Dalam ceramahnya terdahulu, beliau menyatakan bahawa beliau ingin membersihkan namanya di mahkamah, dan juga mendakwa bahawa akhirnya beliau dapat mendedahkan cerita di pihaknya.

6. Sesi pendengaran dijangka mengambil masa 23 hari, sehingga hujung Mei. Ini bermakna bahawa tidak semestinya jika Guan Eng tewas pada perbicaraan tersebut, beliau bakal menjalani hukuman sebelum PRU-14- secara ringkasnya, beliau masih boleh bertanding dengan penuh malu

7.Dan jika sekiranya beliau tewas selepas PRU-14, beliau tidak akan terus dipenjarakan atau meletakkan jawatannya sebagai Ketua Menteri kerana beliau masih boleh membuat rayuan bagi kes tersebut sebanyak dua kali. Sebagai contoh, kes Anwar mengambil masa 7 tahun sebelum beliau dipenjarakan.

8. Guan Eng telah mencipta sejarah dan akan terus dikenang dalam sejarah sebagai Ketua Menteri atau EXCO pertama di Malaysia yang enggan meletakkan jawatan walaupun telah didakwa terlibat dalam kes rasuah.

9. Guan Eng juga merupakan Setiausaha Agung DAP yang pertama didakwa dengan tuduhan rasuah.

10. Benar. Banglo miliknya tidak mempunyai kolam renang, tetapi masih besar dengan keluasan hampir 10,500 kaki persegi di kawasan tanah ekslusif dalam pulau berkenaan.

Sumber: Lim Sian See

2 Comments