Saksi ke 9,10 dan 11 Sahkan Banglo Guan Eng, Mengapa Pembangkang Asak 'Mamu' Pelapor Kes SPRM?
07:03 Mar 27, 2018  |  By SabahKini2
Saksi ke 9,10 dan 11 Sahkan Banglo Guan Eng, Mengapa Pembangkang Asak 'Mamu' Pelapor Kes SPRM?

'Mamu' hanya pelapor SPRM pada 18 Mac 2016 supaya perkara ini disiasat dengan lebih lanjut. Bukan agen hartanah! Pegawai Bank pun sahkan rumah, pinjaman dan harga rumah..

Pemilik laman sosial Facebook Mohsin Abdul Latif, 34 Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membeli sebuah banglo mewah di bawah nilai harga pasaran dan harga yang tidak betul.

Mohsin sebagai saksi pertama pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah Lim dan ahli perniagaan wanita Phang Li Koon mengekalkan keterangannya, Lim membeli rumah pada harga tidak sepatutnya

Adalah sesuatu yang janggal apabila Gobind Singh Deo mewakili Lim, mengasak Mohsin beberapa kali dengan soalan yang tidak relevan. Media pro Lim Guan Eng juga nampaknya menggunakan berita Blogger mengaku tidak tahu harga rumah kepada Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Gobind hanya berani mengasak saksi pertama iaitu pelapor kes. Pelapor kes hanya yang lapor kepada SPRM selepas didedah media  massa. Pelapor bukan konusltan juru nilai atau pihak yang layak bercakap mengenai harga hartanah. Mamu atau Muhsin hanya pelapor kepada SPRM.
Jadi terpulang kepada SPRM menyiasat Lim Guan Eng.
Mengapa Gobind tidak mengasak saksi ke 9 dan 10 selaku pegawai bank yang sahkan Phang Li Koon pemilik asal rumah yang dijual kepada Lim Guan Eng?

Hakikatnya Mohsin sebagaimana rakyat lain mendapat informasi kes mengenai rumah Lim Guan Eng melalui media cetak dan TV.

“Saya membuat laporan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 18 Mac 2016 supaya perkara ini disiasat dengan lebih lanjut. Rumah banglo di Jalan Pinhorn itu yang berharga RM2.5 juta dan kemudian dijual dengan harga RM2.8 juta dalam masa beberapa tahun. Pada pendapat saya harga tersebut tidak betul,” katanya di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail.

Semasa pemeriksaan balas oleh Gobind, sama ada saksi itu bersetuju harga rumah dibeli oleh Lim itu adalah berpatutan, Mohsin “tidak setuju”.

Terdahulu Mohsin berkata beliau mengetahui mengenai pembelian rumah di bawah nilai pasaran itu menerusi perdebatan dalam sidang Parlimen antara Lim dan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya yang disiarkan berita stesen televisyen TV3.

“Menerusi siaran itu saya terpanggil untuk membuat laporan kepada SPRM selepas melihat perdebatan berhubung pembelian harga rumah dalam sidang Parlimen melalui berita disiarkan dalam TV3. Saya rasa terpanggil membuat laporan SPRM di ibu pejabat SPRM Pulau Pinang kerana rasa sayang dan hormat terhadap pemimpin negeri itu dan tidak mahu ketua menteri terpalit dengan isu rasuah,” katanya.

Sejak bila membuat laporan kepada Polis dan SPRM menjadi satu kesalahan bagi rakyat biasa? Mohsin lapor maka pihak berkuasalah perlu menyiasatnya. Tidak penting bagi Mohsin menjelaskan lebih terperinci cukup bagi dia maklumat awam dan laporan kepada SPRM dibuat bagi siasat dilakukan.

Seramai enam lagi saksi dipanggil memberi keterangan melalui penyataan saksi yang kemudiannya dikemukakan di mahkamah.

Enam saksi itu ialah Penolong Pegawai Pendaftaran Nadia Kamis@Khamis, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kanan (Tanah) Pejabat Tanah dan Daerah, Seberang Perai Tengah Rosmin Yaakob; Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pengurusan Majlis dan Protokol, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mohd Roshidi Azmi, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mohamad Farid Mokhtar.

Selain itu turut memberi keterangan ialah pesara kerajaan Siti Asma’ Mohd Salleh dan Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha kerajaan Pulau Pinang Mohd Farullizam Che Meh.

Bagaimanapun pihak peguam tidak menyoal balas saksi-saksi itu. Mengapa 6 saksi yang punya pengalaman dan sesuai dengan bidang berkaitan ini tidak disoal balas oleh Gobind peguam Lim Guan Eng?

Saksi ke 10 : Choong Sung Yean- Pengurus cawangan Public Bank di Lebuh Bishop

Sementara itu saksi ke 10, seorang pegawai bank hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi permohonan pinjaman bagi pembelian banglo oleh ahli perniagaan Phang Li Koon pada 2008 diluluskan sebanyak RM2.125 juta, sebelum dijual kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, 7 tahun kemudian pada harga RM2.8 juta.

Saksi ini mengesahkan rumah itu asalnya milik Phang Li Koon.

Choong Sung Yean, ketika itu pengurus cawangan Public Bank di Lebuh Bishop, berkata demikian semasa menjawab soalan peguam Datuk V Sithambaram, yang mewakili Phang, mengenai jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank itu terhadap anak guamnya.

Semasa pemeriksaan balas oleh peguam itu, Choong, 60 berkata Phang membayar ansuran bulanan sebanyak RM11,872 ke atas rumah itu termasuk bayaran pokok dan faedah.

Seorang lagi saksi, Yeoh Yit Pheng, yang ketika itu pengurus perniagaan di cawangan bank berkenaan, mengesahkan surat bertajuk “Application for Credit Facilities” (Permohonan Pemberian Kemudahan Kredit) bertarikh 5 September 2008 adalah daripada bank itu kepada Phang.

“Saya sahkan surat tawaran ini adalah untuk memaklumkan Phang bahawa permohonan pinjaman diluluskan oleh Public Bank. Turut disertakan sekali dengan surat ini adalah “Letter of Offer’ (Surat Tawaran) yang perlu diterima dan ditandatangani oleh pemohon dalam masa 7 hari,” katanya dalam pernyataan saksi yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail pada perbicaraan kes rasuah Lim dan Phang.

Saksi ke-9 pendakwaan itu berkata pendaftaran semasa rumah itu adalah di bawah nama Ming Holdings (M) Sdn Bhd dan kemudian hak milik hartanah itu dipindah milik ke atas nama Phang.

Yeoh, 47, berkata beliau menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat pengesahan dokumen berkaitan akaun permohonan pinjaman pembelian atas nama Phang.

Saksi pendakwaan ke-11, Ch’ng Joo Keat, yang merupakan pengurus perkhidmatan perbankan, di cawangan sama, mengesahkan Phang membuat permohonan pinjaman itu.

Seorang lagi saksi ialah Nor Ain Abdul Rahman, penolong pendaftar syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.


Hari Kedua : Pendakwaan memanggil 14 Saksi

Hari pertama pendakwaan memanggil 11 saksi dan perbicaraan akan bersambung hari ini dengan pihak pendakwaan akan memanggil 14 saksi lagi. Pasti menarik.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Lim didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang menggunakan kedudukannya untuk suapan bagi dirinya dan isteri Betty Chew Gek Cheng, meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya Pulau Pinang kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Lim, 58, dituduh melakukan kesalahan tersebut ketika mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri Pulau Pinang di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Komtar, George Town pada 18 Julai, 2014

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang 5 kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, atau mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pindaan ke-2, Lim didakwa sebagai seorang penjawat awam iaitu ketua menteri Pulau Pinang mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, George Town daripada ahli perniagaan, Phang Li Koon dengan harga RM2.8 juta.

Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah RM4.27 juta yang tertuduh mengetahui Phang mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya (Lim).

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di No 25 Jalan Pinhorn, George Town pada 21 Oktober 2015 mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Phang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pindaan bersubahat dengan Lim dalam mendapatkan banglo berkenaan pada harga bawah nilai sebenar.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di tempat dan pada tarikh sama mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan, yang dibaca bersama Seksyen 165, memperuntukkan hukuman penjara hingga 2 tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

 

 

 

 

 

Comment