Dewan Rakyat lulus usul persempadanan kawasan pilihan raya walaupun pembangkang meroyan
11:03 Mar 28, 2018  |  By SabahKini2
Dewan Rakyat lulus usul persempadanan kawasan pilihan raya walaupun pembangkang meroyan

Usul itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

 

KUALA LUMPUR - Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat hari ini setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian.

Usul itu yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menerima sokongan 129 anggota Parlimen berbanding 80 yang menolak.

Sebelum ini sebelah pagi menyedari akan kalah dalam keputusan usul pembentangan laporan persempadanan semula di Dewan Rakyat pembangkang dan NGO haram BERSIH mengadakan demo di luar bangunan hari ini. Malah terdapat ahli Parlimen pembangkang menyertai penunjuk perasaan membantah pembentangan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya menjelang pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Dilaporkan tidak sampai 500 orang menyertai protes anjuran Bersih 5.0 dan berarak ke pintu pagar Parlimen namun di larang masuk. Turut hadir Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir

Berlaku suasana tegang dalam Dewan Rakyat apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bertengkar dengan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Terdahulu, ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kesahihan usul membentangkan laporan persempadanan semula itu kerana kes itu belum selesai di mahkamah

SUMBER VIDEO: SUARA TV

Pandikar bagaimanapun bertegas ia adakah bidang kuasa Dewan Rakyat untuk memutuskan usul itu, sebelum beliau diganggu Lim. Keputusan mahkamah sebelum ini memutuskan persempadanan semula adalah kuasa parlimen bukan mahkamah.

Lim bagaimanapun enggan duduk, selepas berulang kali Pandikar meminta beliau berbuat demikian.

Pandikar kemudiannya mengarahkan Lim keluar dewan kerana enggan mematuhi arahannya, namun ahli Parlimen Gelang Patah enggan dan terus duduk di kerusi, walaupun pegawai Dewan Rakyat tampil mengiringi beliau keluar.

“Saya tetap duduk di sini. Saya rasa malu dengan dewan yang mulia ini, tetapi saya tetap akan duduk di sini,” kata Lim.

Ia disusuli perang mulut antara ahli Parlimen Barisan Nasional dan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tuduhan pemimpin DAP berkaitan kemuliaan Dewan Rakyat.

Pandikar kemudiannya memberi beberapa pilihan kepada Lim, antaranya mengarahkan menteri mengusulkan tugas Lim digantung atau memberhentikan seketika sidang Dewan Rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said mengusulkan Lim digantung tugas selama 6 bulan, mengikut Peraturan Mesyuarat 44 (3) kerana Lim enggan mematuhi arahan Pandikar.

Sebelum ini tiga Ahli Parlimen DAP, Ngeh Koo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) diarahkan keluar Dewan Rakyat dan digantung 10 hari kerana menghina institusi Parlimen. Ini bermakna pembangkang kehilangan 4 undi belah bahagian di Dewan Rakyat bagi usul persempadan semula kawasan Pilihanraya.

Selepas berehat seketika dan Lim Guan Eng dihalau keluar dewan, sidang Dewan Rakyat bersambung semula dan usul persempadanan semula kini mula dibahaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Di luar Parlimen pula, ratusan penunjuk perasaan berarak ke Parlimen sebelum mereka dihentikan polis kira-kira 200m dari bangunan itu.

Ini bermakna sekalipun 4 pemimpin DAP digantung dalam dewan tidak boleh mengundi keputusan 80 undian tetap kalah sekalipun Lim Kit Siang ada. Netizen berpendapat semua ini gimik pemimpin pembangkang kerana sudah tahu undian untuk usul persempadanan semula pembangkang akan terus kalah.

 

Comment