13 Kerusi DUN Baharu Tidak Dipertandingkan, Tunggu Persempadanan Kerusi Parlimen Sabah- Sukarti
21:03 Mar 28, 2018  |  By SabahKini2
13 Kerusi DUN Baharu Tidak Dipertandingkan, Tunggu Persempadanan Kerusi Parlimen Sabah- Sukarti

Hari ini Setiausaha Kerajaan Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman menjawab persoalan itu bahawa cadangan mewujudkan 13 kerusi DUN baharu di Sabah akan dibentang di Dewan Rakyat bersekali dengan kerusi Parlimen baharu

KOTA KINABALU: Kerusi tambahan baru DUN Sabah 13 kerusi sudah sah tidak dapat dipertandingkan PRU ke 14 ini. Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat hari ini yang mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian pun tidak membawa kerusi DUN Sabah.

Hari ini Setiausaha Kerajaan Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman menjawab persoalan itu bahawa cadangan mewujudkan 13 kerusi DUN baharu di Sabah akan dibentang di Dewan Rakyat bersekali dengan kerusi Parlimen baharu. Ini bermakna parlimen baru itu hanya akan diluluskan pada PRU ke-15, 5 tahun lagi dari sekarang.

Kata Setiausaha Kerajaan Sabah itu pembentangan cadangan kerusi DUN dan Parlimen baharu itu akan dibuat selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selesai mengkaji persempadanan semula kawasan Parlimen. 

Sukarti berkata selepas cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Undangan Negeri Sabah, kerajaan negeri akan memohon kerajaan persekutuan menjalankan kajian persempadanan semula kawasan Parlimen untuk menambah bilangan kerusi.

Sukarti memberikan beberapa sebab cadangan itu dibuat antaranya kali terakhir persempadanan semula kawasan Parlimen dilaksanakan adalah 15 tahun lalu.

“Keperluan untuk menambah jumlah perwakilan Sabah dalam Parlimen sejajar dengan status dan kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia,” katanya.

“Keluasan luar biasa sesetengah kawasan Parlimen di Sabah termasuk melebihi saiz beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

“Peningkatan keberkesanan khidmat kepada rakyat dengan saiz kawasan yang sewajarnya mengambil kira sempadan pentadbiran daerah dan perwakilan rakyat di peringkat Parlimen.”

Wakiman berkata kerajaan negeri difahamkan permohonan tersebut sedang dipertimbangkan SPR.

Pembangkang mengkritik penundaan kerusi DUN Sabah itu dan mempersoalkan keperlembagaan mengadakan pilihan raya umum nanti tanpa kerusi DUN baharu.

Sementara itu beberapa parti komponen BN menyatakan hasrat mahu bertanding di beberapa kerusi daripada 13 kerusi baharu itu.

Terdapat sumber menyatakan BN tanpa kerusi baru yang diluluskan DUN pun masih mampu memenangi pilihanraya akan datang. Terdapat kecenderungan perebutan kerusi DUN dan adalah lebih baik kerusi ini tidak perlu lagi dipertandingkan sekarang untuk menunggu persempadanan Kerusi Parlimen akan datang. Sabah akan terus mempertahankan 60 kerusi DUN dalam PRU ke 14 ini dan 25 Kerusi Parlimen. 

 

3 Comments