Azmin Ugut KP SPRM Kini Peneroka Ijok Beri Keterangan Kepada SPRM
07:03 Mar 29, 2018  |  By SabahKini2
Azmin Ugut KP SPRM Kini Peneroka Ijok Beri Keterangan Kepada SPRM

Azmin Kata "Beritahu ketua pesuruhjaya SPRM jangan cuba ugut kerajaan negeri."

SHAH ALAM: Susulan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad akan memanggil peneroka tanah di mukim Ijok, Azmin Ali berang memberitahu Tan Sri Dzulkifli Ahmad jangan cuba mengugut kerajaan Selangor dalam kes tanah Ijok.

Apakah ugutan itu tidaklah dinyatakan oleh Azmin Ali. Menteri besar menuduh SPRM dipergunakan Umno untuk menyerangnya.

“Kenapa guna SPRM untuk serang saya? Ada pegawai SPRM ambil keterangan, beritahu ketua pesuruhjaya SPRM jangan cuba ugut kerajaan negeri.”

Pada 14 Mac lalu, media melaporkan sekumpulan 113 peneroka tanah di Ijok mengemukakan tuntutan terhadap 6 defendan termasuk menteri besar dan kerajaan Selangor berkaitan “kecuaian” Azmin dan kerajaan negeri dalam menstrukturkan persetujuan penghakiman di Mahkamah Persekutuan pada 2016.

Menurut laporan, kecuaian itu antaranya menyebabkan hak plaintif terjejas kerana tiada ganti rugi lewat menyiapkan rumah selama 12 tahun.

Sementara itu Peguam PKR yang juga Ahli Parlimen Subang, Sivarasa dan firmanya, Daim & Gamany yang terlibat langsung dalam hal tanah Ijok ini secara Consent judgement di Mahkamah Persekutuan (klausa peneroka mesti terima Daim & Gamany sebagai firma untuk mewakili mereka) kepanasan dengan saranan peneroka Ijok mereka perlu ditahan serta akaun dibekukan.

 

Firma Daim & Gamany diberi tanggungjawab sebagai menguruskan wang diterima dari bayaran jualan tanah RM1.18 billion kepada Eco World yang mana jualan itu adalah jualan paksa terhadap Mujur Zaman, Liputan Canggih dan lain-lain pihak yang dapat PA untuk bangunkan tanah Peneroka PKPS di Ijok.

Kini terdedah dan mungkin disiasat 6 syarikat konsultan yang dipercayai adalah tempat wang sebanyak RM295 telah disalurkan keluar.

Persoalan yang dibangkitkan rakyat ialah mengapa pula peneroka hanya menerima RM300 juta sebagai pampasan dan rumah yang masih belum dibuat tetapi konsultan-konsultan ini boleh terima hingga jumlah sama banyak?

Semalam seramai 21 peneroka tanah di mukim Ijok memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes penjualan tanah seluas kira-kira 880 hektar di kawasan itu pada harga RM1.18 bilion kepada pemaju swasta Ecoworld Berhad.

 

Wakil mereka, Mohd Fadzil Ibrahim berkata semua peneroka itu memberi keterangan selama 3 jam bermula 3.30 petang di Hotel Depalma & Resort Kuala Selangor selepas menghadiri taklimat dan penerangan berhubung kes berkenaan.

“Keterangan itu diambil bagi membantu siasatan kes tanah Ijok tersebut dan peneroka memberi kerjasama yang baik dengan memberi segala maklumat yang diperlukan kepada SPRM.

“Kita berharap SPRM dapat melakukan siasatan dengan telus supaya kemelut isu tanah peneroka dapat dirungkaikan dan diselesaikan segera,” katanya kepada pemberita.

Seramai 20 peneroka lagi dijangka hadir memberi keterangan kepada pegawai SPRM di hotel yang sama pagi tadi.

Sebelum ini, media melaporkan SPRM menahan 6 individu termasuk 2 Dato’ iaitu Dato’ Chin Chan Leong dan Dato’ Khoo bagi membantu siasatan isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok pada 20 Mac lalu.

Bagaimanapun, 4 mereka dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Putrajaya dengan ikat jamin RM25,000 oleh 2 penjamin.

 

Comment