BN Sibuk Selesaikan Tanah Rakyat di Semporna Shafie Apdal Buat Apa?
17:03 Mar 29, 2018  |  By SabahKini2
BN Sibuk Selesaikan Tanah Rakyat di Semporna Shafie Apdal  Buat Apa?

Shafie Apdal sibuk jelajah ke daerah yang dia tak pernah lawat ketika menjadi Menteri KKLW. Sekarang baru dia sedar. Sibuk jelajah Semporna terabai.

Sejak 2011-2017(tempoh 6 Tahun), kerajaan negeri telah menganugerahkan 89,294.58 ekar iaitu merangkumi 21,408 lot atau geran NT yang melibatkan 21,408 bilangan ketua rumah di 15 daerah seluruh negeri Sabah. Manakala geran komunal pula telah dianugerahkan kepada 10,636 peserta/beneficiaries dengan keluasan 122,048.03 melalui 73 geran di 12 buah daerah di seluruh negeri Sabah.



Ini bererti, dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini, program penganugerahan geran jenis NT dan geran komunal telah lama dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Dasar ini telah wujud sejak sebelum kelahiran parti warisan yang berlagak baru sekarang membela tanah rakyat. Malah ada pemimpin Warisan berkata kerana mereka geran berubah dari komunal kepada NT.

Lihat sahaja usaha dilakukan oleh Tan Sri Musa Aman Ketua Menteri Sabah dan juga wakil rakyat DUN Bugaya di Semporna. Bukan sekadar cakap tapi beri. Geran Komunal Mount Pock dan Tanjung Nagos yang menyelesaikan masalah 6,000 tanah Peneroka tanah. 

Begitu juga program PANTAS pemilikan tanah anak negeri di Mukim Lihak-lihak dan Mukim Sungai Tuhok yang menyelesaikan masalah pemilikian tanah lebih kurang 6,000 ketua keluarga peserta di Mukim Lihak-lihak dan Mukim Sungai Tuhok.

Tidak cukup itu pengesanan dan pemberian Geran tanah yang tidak dituntut kepada lebih kurang  500 orang pemilik tanah atau Waris pemilik tanah juga telah diadakan pada 9 Mac 2018.

Apa Shafie Apdal lakukan ketika sebagai Menteri Persekutuan untuk Daerah Semporna? Asyik jelajah kawasan sendiri terabai.

 

4 Comments