BN Akan Menang Besar Persempadanan Baru Kata Naib Canselor Unisel
22:04 Apr 01, 2018  |  By SabahKini2
BN Akan Menang Besar Persempadanan Baru Kata Naib Canselor Unisel

Usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.

Pelaksanaan persempadanan semula kawasan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya untuk menjamin kemenangan Umno-BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang.

"Kalau kita lihat sejak dari merdeka BN paling tinggi undi popular adalah 65 peratus. Tetapi mereka terus menang dengan 80-90 peratus kerusi kerana persempadanan,” Katanya

Rabu lepas, usul kajian semula persempadanan kawasan pilihan raya diluluskan Dewan Rakyat setelah mendapat sokongan majoriti anggota Parlimen melalui undi belah bahagian dengan menerima sokongan 129 anggota Parlimen dan 80 yang menolak.

Persempadanan baru kawasan pilihan raya yang diluluskan itu juga didakwa akan mewujudkan lebih banyak kerusi berasaskan kaum dengan mengasingkan pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Mengulas lanjut Redzuan yang juga Timbalan pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) milik PKR berkata persempadanan baru ini dibuat hanyalah berdasarkan keperluan politik.

"Dan kalau kita lihat dalam persempadanan kali ini dia dibuat begitu rupa berdasarkan kepada (keperluan) politik.

"Persempadanan 2003 membanyakkan kawasan campuran kerana kawasan ini yang memenangkan BN selepas 1999, selepas berlaku tsunami Melayu dan banyak kawasan campuran tetapi selepas 2008 kawasan campuran banyak memihak kepada Pakatan Harapan.

"Dan sebab itulah persempadanan yang dibuat kali ini ia berkelompokkan kembali di mana Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina supaya kawasan-kawasan DAP akan mencapai kemenangan besar berkali-kali ganda majoriti," katanya.

Redzuan bagaimananpun tidak mengulas Tun Mahathir paling banyak melakukan persempadanan semula yang kini menjadi bakal Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Dalam sistem pilihanraya ‘first past the post’ seperti Malaysia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) tidak penting undi popular yang penting jumlah bilangan kerusi yang dimenangi untuk memerintah negara.

 

Comment